Assalamualaikum buat pembaca sekalian.
InsyaAllah hari ini saya nak share sesuatu yang saya belajar masa praktikal lab Ayam bersama Prof Zul.
Apa yang saya pelajari ialah macam mana nak kenalpasti telur ayam itu segar atau tidak segar?
Nak tahu macam mana?
Jom kita tengok!
Kami dikehendaki membawa sebiji telur satu kumpulan.
Lihat pada 4 gambar telur yang sudah dipecahkan. Fokus betul-betul pada telur putih dan kuningnya.
Baiklah, biar saya fokus pada setiap telur.
Telur 1 Lihat pada telur kuningnya. Lapisan yang sepatutnya menyokong bentuknya telah hilang dan membuatkan kuning telur itu mudah saja pecah.
Ini adalah telur yang lama.
Telur 2 Kuning telur masih bulat, namun putih telurnya sudah terlalu cair macam air. Ini juga telur lama.
Telur 3 Kuning telur sangat bulat. Dan putih telur masih pekat. Ini adalah telur segar, baru sejam ditelurkan. Nak tahu telur itu segar atau tidak, tengok telur putih di tepi kuning telur tu. Masih menyokong kuning telur.
Telur 4 Telur ini sama kondisinya dengan telur 3. Cuma ini telur ayam kampung. Cantik kan telur?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Begitulah cara nak tahu telur tu segar atau tidak. Kenapa nak tahu telur segar atau tak?
Sebab nak makanlah kan? He.
Kadang-kadang ada je kedai tipu telur segar, telur segar, tapi bila pecahkan, struktur telur itu cair semacam. Kan dah kena tipu.
Yang tak bestnya, nak tilik telur tu segar ke tak hanya boleh dilihat pada dalamannya. Dari luar macam susah sikit.
Kalau telur tu lama sangat pun ada possibility untuk diracuni oleh microbes dan orang yang memakannya juga boleh keracunan. Macam sayalah. Wa.
Lagi 1 tip, telur yang dibeli jangan dibasuh sebelum disimpan, kerana di kulit telur ada lapisan "cuticle" yang melindungi telur daripada dimasuki bendasing. Kalau basuh? Telur itu akan tercemarlah.
Ha, lagi 1 tip. Simpan telur dalam kedudukan bucu tajam ke bawah. Sebab? Supaya anak ayam dapat bernafas. Hei, itu hanya diaplikasikan di bilik pengeraman telur jela. :P
Ok, itu sajalah perkongsian saya.
Semoga kalian bijak memilih telur yang terbaik untuk dibeli lantas dimakan. Jangan mudah ditipu oleh orang-orang yang selalu saja mahu mencari keuntungan dengan cara mudah.
Pilihlah makanan yang baik untuk mengisi perut kita, sebab nanti akan jadi darah daging juga kan?
Wassalam. Semoga bermanfaat!




No comments:
Post a Comment