Wednesday, April 17, 2013

Ujian ke

Terasa seperti di taman bunga.

Semua yang dimahukan muncul depan mata dalam sekelip mata sahaja.

Mudah.

Tiada apa yang mustahil untuk didapatkan dalam tangan.

Aik pelik, pelik.

Kemudian satu masa apa yang ada mula menunjukkan simptom yang ia bukanlah makhluk yang kekal.

Ia akan pergi juga.

Mulalah saat itu terasa semua ini adalah mimpi semata.

Mimpi!!

Janganlah menjadi nyata.

Malangnya ianya bukanlah mimpi. Bukan.

Ditelan mati emak. Diluak mati bapak.

Mungkin semasa diberi ujian kesenangan dulu dia tidak bersyukur. Lupa diri mungkin. Berlagak sangat.

Aduh.

Ada satu ayat di mana ada satu golongan bila ditimpa musibah bukan main minta tolong dengan Allah supaya selamatkan mereka dan janji akan taat kepada Allah.

Malangnya memang sifatnya manusia itu pelupa.

Bila dah senang terus dilupakan rayuan dan janji manis yang mereka pernah buat dulu.

Apa itu tandanya orang bersyukur?

Hmmmmmm.

Refleksi diri sendiri mungkin.

Kenapa jadi orang yang tak kenang budi? Yang mungkir janji?

Sebab dah berada di zon selesa. Janji dan rayuan dibuat untuk melepaskan diri dari zon tidak selesa kepada selesa.

Tapi bila dah selesa, manusia tend untuk terlupa.

Aduh.

Jangan jadi macam golongan tak bersyukur itu. Jadilah hambaNya yang sentiasa bersyukur.

Tajuk post ni ada kaitan ngan ujian kan. So kesimpulannya dalam apa jua keadaan. Sulit atau tidak, dalam ujian itu, sentiasalah bersyukur. Nescaya Allah akan tambahkan lagi nikmat buat hambaNya yang terus-terusan bersyukur.

Wassalam.

No comments: