Friday, April 19, 2013

Di bawah naungan al Quran

Pernah dengar kisah Syed Qutb dan di bawah naungan al Qurannya?

Saya biasa dengar tapi saya akui kadang-kadang kalau benda tu macam tak berkaitan sangat dengan saya, saya macam angin lalu je.

Maksudnya dengar jela tak ambil ibrah.

Entah kenapa malam tadi, saya share dengan orang lain pasal ini, saya mula faham maksud tersirat di sebalik semuanya.

Dan mereka lebih faham daripada apa yang saya fahami dulu.

Paling terkesan, betapa puitisnya ayat Syed Qutb adalah bila mana dia terasa nikmat yang dikecapinya selepas berada di bawah naungan al Quran selepas pernah terpesong sedikit. Tapi akhirnya dia kembali diberikan hidayah dan menjadi seorang penulis yang hebat dan menghasilkan tafsir fi zilalil Quran.

Dia sempat merasai zaman jahiliyah dan zaman di mana dia merasai hidayah itu.

Dan dia sangat bersyukur kerana dapat diberikan peluang merasai kenikmatan itu.

Kenikmatan yang memberkati usianya dan membersihkan usianya.

Wah banyak nak tulis lagi sebenarnya tapi lagi banyak berlegar di fikiran.

Mereka pun menceritakan apa kenikmatan yang mereka rasai.

Sungguh , malam itu terasa umpama satu malam yang indah. Subhanallah.

Aku mula menghargai kehadiran mereka dalam hidupku. Mereka begitu banyak mengajarku erti hidup ini. Alhamdulillah.

Semoga Allah tetapkan hati kami di jalan ini. Bila dah rasa nikmatnya di sini, kenapa tak nak mensyukuri dan merhargainya bukan ? :)

Wassalam

No comments: