Sunday, April 7, 2013

Kosong

Harini rasa kosong je.
Pergi kelas takde perasaan.
Dalam kelas melayang terbangg.
Dah hujung kelas tak sabar nak balik.
Dah balik, hakikatnya takde apa yang nak dibuat.
Semua kewajipan dibuat.
Namun, kenapa rasa kosong di satu sudut benaknya hati?

Temanku dan diriku,

Perasaan kosong ini dirasai oleh semua orang.
Bilamana dia sendiri tidak mengisi ruang kekosongan itu.
Eh, nak diisi dengan apa pula ya?
Isi dengan.. Allah.
Ada satu sudut di hati kita, kita perlu isi dengan Allah.

Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Betul.

Bila hati kosong itu dibiar kosong, takde connection dengan Allah, ia akan kekal kosong.
Macam tin kosong.
Ada ruang tapi tiada isi.
Apa maknanya tin susu, kosong, takde susu dalamnya?
Jadilah ia tin kosong.
Same goes to hati.
Bila terbiar kosong, jadilah dia hati kosong.
Kosong.

Kita berperasaan kita tenang, bahagia.
Tapi jauh di sudut hati, masih terasa ada sesuatu yang takde.
Something is missing.

Even dah solat.
Even dah baca Quran berpuluh helai.
Tapi takde rasa manisnya beribadah tu, umpama hilanglah hubungan kita dengan Allah.

Manisnya ibadah terasa daripada manisnya iman. Manisnya iman membawa kepada seronoknya berhubungan dengan Allah.
Hati yang kosong itu mula terisi.

Camne nak isi hati yang kosong itu kembali penuh?
Rasailah kemanisannya beribadah.
Carilah kemanisan iman itu.

Point paling utama, tinggalkan maksiat yang ada.
Maksiat = dosa.
Andai berqiam berjam-jam, solat taubat, nangis berbengkak-bengkak mata, namun masih ada maksiat, dosa dan jahiliyah yang terusan dilakukan, camne kita mahu rasai manisnya iman itu.

Macam kita nak bersihkan stokin putih yang termasuk dalam selut.
Kita clorox berhari-hari. 
Lama-lama stokin tu putih. Berseri.
Tapi lepas tu still masuk selut tu.
Sampai bila nak bersih?
Kalau kita still pijak selut je hari-hari walaupun dah clorox hari-hari.

This cannot do.

Pokoknya,

Dosa dan maksiat dan jahiliyah yang masih ada dan melekat pada diri kita la yang paling membuatkan iman kita tawar.

Jom isi kekosongan hati dengan meninggalkan dosa dan terus usaha mencari kemanisan iman tu. Camne nak cari? Google lah. Eh, cuba bina hubungan dengan Allah balik, dan tinggalkan dedosa.

InsyaAllah.

Tidak mahu ada hati, tapi hati tak berfungsi. Hati kosong.

Aaa, tak nak!! Katakan tak nak pada hati kosong!

Allah. Allah.

Wassalam

No comments: