Sampaikan satu tahap tu, bila jumpa orang yang minat sangat band-band jepun, saya akan masuk campur dan mulalah bercerita itu ini. Fanatik dan mempertahankan band kegemaran. =..=
Kemudian, bila ada kawan jepun dalam kelas English, bukan main nak cakap jepun, siap pergi bilik pergi minta lagu dan cerita jepun. Siap mintak duit syiling jepun, mintak majalah jepun. =..=
Siap download lagu-lagu dan video ada tarian joget-joget comel band kesukaan. =..=
Tak pernah pun terfikir benda tu macam mengarut, membazir, bla, bla.
Fanatik habis. Gilakan habis.
Sampailah satu masa cuti sem itu, saya menunjukkan video-video dan lagu-lagu itu kepada adik-adik saya.
Lagu sedap, tarian indah, gelek comel. wakaka.
Adik-adik saya mula ralit dan rasa suka. Nampak si Iqbal mula menghafal dan cuba mengikut gelek tarian kumpulan lelaki itu. Saya rasa puas, rasa suka, sebab adik saya pun minat apa yang saya minat! Err, mestilah kita rasa suka bila orang rapat dengan kita suka apa yang kita suka kan? ^^''
Selepas itu, Iqbal asyik nak dengar je lagu jepung tu. Kalau saya balik rumah je mesti saya tunjuk kat dia. Sampaikan dia boleh nyanyi balik lagu tu walaupun memang salah la kan. Dan sampaikan bila penyanyi tu berlakon pun dia dah boleh kenal orang tu adalah penyanyi kumpulan itu. o.O
Sampailah suatu masa, saya menemui turning point saya. Sampaikan saya rasa benci gila kat semua benda tu [kumpulan lelaki]. Sampaikan bila saya ternampak link diaorang kat youtube ke, kat FB ke saya rasa tak suka. Saya buang semua lagu mereka dan video mereka [actually dah hilang masa format laptop, hahah]
Baru ni saya balik rumah, bercuti seminggu. Iqbal dah ada pendrive [advanced budak zaman sekarang. dahla 8GB, saya punya pun 4GB je kot]. Dia suka letakkan movie kartun, lagu-lagu dan gambar dalam pendrive tu.
Haritu saya pasang lagu di handset. Iqbal pun tekun mendengar, dia nak pilih lagu sedap untuk letak dalam pendrive dia. Aduh, comelnya adikku ini. Banyak lagu-lagu berbentuk jihad dan palestin Iqbal suka. Ada lagu irfan makki, maher zain pun dia suka. Siap nyanyi-nyanyi tu. :)
Pastu dia pun minta saya transfer lagu dari laptop ke pendrive dia. Bila saya lupa, dia bising-bising. Aduh.
Dan tiba-tiba dia cakap camni kat saya:
"Achik, nak lagu jepun? Arashi ada?"
Gulp. Hahah. Saya rasa macam kena tembak je dari belakang, tapi tengok belakang kenapa ada dinding je? Haish. Arashi tu group kesukaan saya dulu. Ya, dulu.. Dan Iqbal pun suka kumpulan tu sebab saya ajar dia.
Saya taktaunakcakapapa pun balas sambil tersengeh:
"Takde bal, achik dah buang semua lagu tu. Dosa dengar lagu jepun tau. Mengarut je semua tu."
Iqbal: "Ala. Nape buang?"
........................
Ok, saya takde idea sebenarnya nak cakap macam mana. Tapi soalan dia tu memang terkesan sangat kat saya.
Saya baru sedar sebenarnya saya dah didik dia dengan sesuatu yang salah. Saya ajar dia sesuatu yang lagha masa dia kecil dulu. Masa dia sepatutnya disiram dengan benda-benda yang jauh lebih baik daripada lagu-lagu lagha sebegitu. Saya salah T_T.
Saya sayang Iqbal. Kalau boleh saya tak nak dia belajar benda tak bagus camtu dah. Saya nak dia belajar benda baik-baik. Biar jadi budak baik. woo
Ok, sekarang saya selalu umpan dia dengan lagu-lagu semangat, nasyid-nasyid baru supaya dia tak fikir dah pasal jepun tu. Saya kena kikiskan memorinya tentang itu. Saya rasa berdosa sebab saya dah ajar dia sesuatu yang tak bagus untuknya, langsung tak bermanfaat.
Maafkan achik, ibal. :( . Kita mulakan hidup baru ya? Achik dah tak dengar lagu pelik-pelik dah. Achik tengah dengar lagu islamik, jihad dan semangat + instrumental. Jom kita suka sama-sama ya :)
Kenangan terindah bersama KTM, kami tersadai di stesen KTM Salak Selatan
Wassalam.
No comments:
Post a Comment