Seperti biasa, di cuti semester saya akan berpraktikal untuk seminggu. Ya, macam biasalah.
Praktikal ni ada best dan tak bestnya jugak. Bergantung kepada tempat, orang yang handle kami dan dengan siapa kami berpraktikal.
Pengalaman yang lepas, praktikal dengan doktor perempuan paling tidak menarik. Entah kenapa kami tidak dilayan dengan mesra malah kami sedikit trauma melihat muka doktor-doktor itu. Saya tak nak jadi seperti itu. Heh.
Pengalaman praktikal kali ini. Sepatutnya praktikal seminggu. Isnin- Ahad. Tapi memandangkan Isnin & Selasa dah cuti raya cine, jadi kami mula pada hari Rabu.
Hari pertama, kena perkenalkan diri dengan semua staff. Malu sih. Tapi buat-buat relax lah kan. Pastu kena bawa jalan-jalan kat dalam tempat tu. Oh lupa, praktikal di tempat udang galah. Banyak handle proses dari telur ke anak udang.
Encik Ani & Zali lah yang banyak terangkan kepada kami tentang anak-anak udang yang comel tu. Serius, inilah kali pertama saya tengok anak udang yang macam jentik-jentik. Comel kot! Heh.
Banyak pengetahuan dan ilmu baru saya dapat. Saya tahu :
1) anak udang ada 12 stage sebelum betul-betul jadi udang
2) anak udang galah membesar dalam air masin, tapi bila dah matang dia akan membesar dalam air tawar. subhanallah. kalau ikutkan pun, memang masa mak udang nak bertelur pun dia akan pergi ke kawasan laut untuk bertelur. bila anak tu dah matang, dia pergi ke air payau. wo.
3) anak udang comel.
Saya nak menulis banyak lagi, tapi masih kepenatan lagi memandu semalam dan jatuh bot dan mandi laut hari-hari. hoho.
Saya letak gambar je la. Tak mampu nak menulis dah.
nampak tak anak udang kecik je?



No comments:
Post a Comment