Alhamdulillah paper hari ini lebih ringan berbanding lepas. Rasa tenang je, walaupun tadi sebelum exam kalut nak menghafal formula yang tak masuk pun.
Harini juga paper kat fakulti pertanian yang baru, saya pun tak pernah pergi lagi. Cantik sangat, baru lagi daripada fakulti saya, tapi cantik. Surau dia luas. Wah.
InsyaAllah dah usaha kita tawakkal jela.
Kemudian, saya dan kawan menaiki motor menuju ke gerai-gerai di tepi uniten. Banyak pilihan makanan untuk dipilih. Kami berjalan untuk memilih makanan.
Dan pada masa yang sama saya terlihatkan sesuatu yang telah mematahkan selera saya untuk membeli. Saya juga terloncat-loncat ternampak seekor lipas berwarna merah di bawah kaki. Pasti ada hikmahnya kenapa saya jumpa semua itu. Allah lebih mengetahuinya walaupun saya nak tahu juga, tapi tak tahu.
Itu saja cerita hari ini. Tidak padat, namun ringkas.
p/s: esok 2nd last paper. doakan saya ya ;(
No comments:
Post a Comment