Kematian. Adalah pemulangan kembali pinjaman yang kita dah lakukan sebelum ni. Kita dah pinjam anggota tubuh badan kita untuk beramal di dunia. Akhirnya sampai satu masa, pinjaman yang telah ditetapkan tarikh luputnya secara rahsia, hanya pencipta saja yang tahu itu ditarik kembali.
Masa itu, amalan dah tak boleh nak buat. Nah, alangkah menyesalnya kalau orang tu ditarik pinjaman semasa sedang bermaksiat. Nauzubillah. Dan alangkah indahnya, jika pinjaman itu ditarik semasa sedang khusyuk melakukan kebaikan, kebajikan dan ibadah. Aduhai betapa indahnya. :)
Saya terdetik dan tergerak. Saya merasai detik peritnya jadi seorang yang pasif dan tidak aktif di rumah. :(. Kadang-kadang bila dah masuk zon selesa kita jadi lemau. Aduh. Kena bakar balik diri untuk jadi rangup kembali. huk huk.
Baru-baru ni beberapa berita kematian yang dekat dengan saya membuatkan saya rasakan sesuatu. Saya terfikir:
Camne kalau aku mati masa aku tengah buat maksiat?
Camne kalau masa aku mati tu aku masih futur?
Camne kalau....
Pelbagai persoalan yang timbul. Saya pun ada terlihat satu gambar di FB:
Hati jadi rosak bila kita join orang tanam orang mati di tanah perkuburan, tapi kita tak ambil iktibar pun dari kematian tu. Yes, kematian akan membuatkan kita sedar, sebenarnya kita tak lama di sini. Apa bekalan yang perlu kita bawa untuk ke sana?
Apakah kereta? Apakah iPon & Samsung & Nokia & Sony Ericsson? Apakah lappy?
Huh. Aku harus ambil iktibar! Dah 2 kematian yang aku hantar ke tanah perkuburan. Aku kena selalu ingat mati! Supaya aku lebih berjaga-jaga dalam tingkah laku ku.
Tidak lupa untuk sentiasa mensyukuri semua yang kumiliki. Yang dipinjam ini. Ataupun yang telah dipinjam dan dah takde.
Alhamdulillah. Syukurku kerana pernah dipinjamkan seorang ummi. Seorang nenek. Seorang mak cik. Seorang abang saudara. Yang kini telah kembali ke rahmatullah. Dan juga yang lain2 yang tak disebut. Semoga kebaikan yang mereka lakukan masih membuahkan hasilnya dan pahalanya berganda sehingga sekarang.
Orang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati.
p/s:jom matikan diri. kematian sementara ini, boleh jadi kematian buat selamanya. maafkan salah silap saya. doakan saya bisa memperolehi pengakhiran yang baik :)

No comments:
Post a Comment