Monday, March 25, 2013

Lupakah kamu?

Ujian yang datang menimpa
Ujian yang menguji dirimu
Ujian yang kau rasakan begitu menyesak hati dan fikiranmu
Kekadang kau tak dapat tidur lena, tak terurus meja, tak terurus urusan..
Kekadang fikir 24 jam sehari plak tu masalah tu.

Lupakah kamu?
Ujian or masalah yang datang tu ada tujuannya?
Bukan sekadar nak sesakkan fikiranmu..
Bukan sekadar nak buat kau menangis..
Bukan sekadar nak jadikan kau orang yang berduka luka..
Bukan sekadar nak jadikan kau orang yang sudah kehilangan kesabaran..

BUKAN

Sebaliknya..
Ujian itu adalah untuk membinamu
Ujian itu untuk menjadikan kau lebih power..woo
Ujian itu untuk menjadikan kau malah lebih mantap tahap kesabaran
Ujian itu juga membentuk dirimu, supaya kelak kau akan lebih bersedia untuk menghadapi ujian yang lebih kurang je rupanya macam ujian tadi..
Ujian itu pun sebagai pengalaman dalam hidupmu, menjadi warna, rempah, rasa dalam hidupmu
Takkan tiap-tiap hari nak rasa manis je kan?
Tak ke boleh kencing manis nanti?
eh..

Lagi BEST dari tu..
Ujian jugak adalah tanda Allah sayang padamu..
Tanda Allah masih melihatmu..
Allah mahu kau meminta kepadaNya, minta pertolongan, lebih banyak bergantung harap denganNya
Allah juga memberi ujian berbentuk musibah ini untuk mengangkat darjatmu..

Tak percaya?
Kalau kita dapat ujian hilang duit, mesti lepas2 tu kita lebih berhati-hati supaya tak semudah2nya duit kita akan hilang lagi. Malah kita bisa aja bangkit dari kesedihan lalu.

Everything happens for a reason. Either we know it or not, but Allah knows the best for us. Yup.

Memasuki tahun klinikal bukan kritikal. Semuanya semakin banyak nak telan, nak hadam, nak apply..
Terasa amat payahnya...amat..
Sampai boleh mengalir peluh..
Tapi percayalah, anda boleh melakukannya..
Boleh menghadapinya..
Mungkin di awalnya susah macam apa, tapi insyaAllah nanti senangnya suatu hari nanti kita akan kecapi..
Mana ada benda nak buat awal-awal tu senang takde cabaran kan?
Ingat orang buat laptop ni first attempt dah berjaya mencipta sebiji laptop??
Dia mula ngan macam2 cubaan, last2 buat desktop..bertahun-tahun lamanya barulah adanya laptop ni..

Same goes to anything we do..
First step is always a chance for a better step..
Don't give up..Please don't give up..
You can do it.
InsyaAllah :)

wassalam.

No comments: