Monday, July 4, 2011

Kawanku meninggal.

Bismillahirrahmanirrahim.

Petang tadi, saya dikejutkan dengan berita kematian seorang kawan sekolah SHAMS dulu. Kawan-kawan ramai yang membuat status tentang pemergiannya, namun saya masih kurang pasti siapakah orangnya. Namanya familiar, tapi takut tertukar dengan yang lain, ramai sangat nama Hajar.

Lalu kutanya pada kawan-kawan yang lain. Rupa-rupanya dia Hajar yang sama-sama satu asrama denganku, selalu berjiran dorm. Kecil molek orangnya dan ceria. Tapi saya tak pernah bercakap dengannya, sekadar bertegur saapa dan tersenyum bila bertembung, mungkin segan sebab kami tidak sekelas dan beberapa faktor lain.

Yang menyedihkan, kematiannya seperti suatu kejutan bagiku. Kebiasaannya, di status FBnya tertulis status-status yang ceria. Tapi, 20 Februari lalu dia terlibat dalam kemalangan ketika sedang membonceng motor ke tempat praktikal. Keadaannya parah (patah tangan, kaki, tulang belakang, dan muka cedera), dimasukkan ke ICU.

Kakak Hajar tetap updatekan statusnya untuk memberitahu tentang perkembangan semasa Hajar. Pelbagai pembedahan dijalani untuk merawat lukanya. Akhirnya bulan lepas, Hajar sudah semakin pulih dan sudah mampu makan dan minum. Kawan-kawan sudah mula gembira dengan berita itu.

Namun semalam, kami dikejutkan dengan berita yang tiba-tiba Hajar sedang kritikal sebab doktor tersalah cucuk pada paru-parunya dan menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan organ lain. Hajar sudah koma. Doktor mengesahkan sudah tiada harapan lagi baginya.

Tadi, mesej sampai kepadaku dia sudah meninggal. Terasa sedih juga, kerana saya mengenalinya walaupun tidaklah begitu rapat. Kawan-kawan rapatnya pasti lagi sedih dengan kehilangannya.

Semoga Allah mencucuri rohnya. Semoga dipermudahkan segala urusan pengebumian malam ini. Al Fatihah.

:21 tahun hayatnya di dunia, entah bila pula giliran kita?
Wassalam.

No comments: