Thursday, July 28, 2011

Ulat Beluncas atau Rama-rama?

Assalamualaikum semua.

Sudah lama ya blog ini tidak diisi dengan post terkini. Mungkin belum diilhamkan untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk kalian. Kalau saya mahu menulis yang mengarut-ngarut, hari-hari saja boleh update.

Bersempena dengan kedatangan bulan paling istimewa dalam islam beberapa hari lagi, saya ingin memohon maaf andai ada khilaf, salah dan silap.

Di sini saya cuma mahu berkongsikan tentang kisah hidup seekor ulat beluncas. Er, tahukah anda apakah itu ulat beluncas? Ala, ulat yang jadi kepompong , lepas tu jadi rama-rama. Ha, itulah ulatnya.

Ketika usiaku 8 tahun, ummiku ada menanam pokok limau nipis di depan rumah. Saya cukup sukakan pokok itu, sebab baunya harum dan ada sesuatu yang memang menarik perhatian saya pada pokok itu.

Jika ummi mahu masak tom yam, pasti disuruhnya saya memetik daun limau di pokok itu. Walaupun pokok itu tajam sebab berduri, itu tidak menjadi masalah.

Saya sering memerhatikan sejenis spesis makhluk di pokok itu. Ya, itulah ulat beluncas. Ulat itu berwarna hijau dan gemuk. Selalu berjalan dari dahan ke dahan, dari daun ke daun, mungkin mencari daun yang terbaik untuk makanannya.

Sedang ku ralit memerhatikan ulat itu (tak berani pegang, geli~), saya terlihat ada bebiji di bawah daun limau itu. Kecil saja, seperti manik. Namun ia melekat pada daun. Ada dalam 5 biji mungkin, sebab biji itu tidaklah banyak.

Saya pegang biji itu,dan picit. Pop! Meletup! Hee. Comelnya benda ni meletup. Sejak itu, bila balik dari sekolah saja saya akan membelek setiap daun di pokok itu untuk mendapatkan biji-biji tersebut. Cari, ambil, picit. Pop. Seronoknya bukan kepalang. Enjoyla maksudnya.

Lama-kelamaan, kuterfikir. Biji ni selalu je ada walaupun saya selalu ambil dan pecahkan. Macam mana boleh ada eh? Mungkin ada yang bertelur di situ? 0.o. Maksudnya, biji-biji itu adalah sesuatu yang hidup. Err, telur binatangkah itu??

Kutanyakan pada ummi tentang biji itu. Ternyata benar itu adalah terur rama-rama. Haih. Rasa bersalah mula menular ke seluruh roh dan jasadku. Rasa berdosa budak kecil. Saya mula insaf, bersalahnya saya membunuh anak rama-rama itu.

Sejak itu, saya mula membuang tabiat memicit telur rama-rama. Tapi, meninggalkan tabiat yang sudah biasa dibuat, bukanlah senang. Bila lalu je depan pokok tu, tangan saya terus membelek daun dan memburu telur-telur itu. Kadang-kadang tersedar, namun kadang-kadang hati ini memujuk: "relak lah. sebijik je picit. sekor jela anak rama-rama mati". Akhirnya tertewas juga aku dengan bisikan nafsu walaupun sudah insaf.

Habis kisah kanak-kanakku. Sekadar mahu memperkenalkan kepada anda, apa itu ulat beluncas. Dari sebiji telur sebesar manik, menetasnya menjadi seekor ulat beluncas yang comel dan gemuk (walaupun kadang-kadang nampak menakutkan), kemudian membesar dan apabila ia sudah bersedia untuk bertukar kepada seekor rama-rama, ia akan berkurung dalam bilik bernama "kepompong" dan bila dah betul-betul bersedia, ia akan keluar menjadi rama-rama. Dan tahukah anda, tak semua ulat yang menjadi kepompong akan menjadi rama-rama. Ada yang gagal.

Minggu lepas ada mendengar ceramah Semarak Ramadhan di universitiku. Ustazah itu ada mengatakan:

"Jadikanlah Ramadhan itu sebagai suatu titik permulaan untuk berubah menjadi diri yang baru. Perumpamaannya , sebelum Ramadhan itu ada seekor ulat beluncas. Dalam bulan Ramadhan, ia menjadi kepompong di mana ia membuat segala amalan, ibadah dan membentuk dirinya. Apabila berakhirnya Ramadhan, ia menjadi rama-rama yang indah, menjadi sesuatu yang baru, berubah ke arah yang lebih baik. Namun, andai Ramadhan ini tidak berjaya mendidiknya atau memberi sebarang kesan kepada dirinya, kembalilah ia menjadi ulat beluncas semula. Tiada perubahan. Agak rugi ya di situ kerana bukan mudah untuk berada dalam kepompong."
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan-Ramadhan sebelum ini. Semoga kita sempat untuk bersama dengan Ramadhan kali ini.
.................................................
Beberapa point yang mahu dikupas:

1) Hayatilah alam dan kehidupan di sekelilingmu. Ransangkan minda untuk berfikir tentang kejadian alam.
2) Berhentilah membunuh haiwan, jika anda pembunuh haiwan. Kerana di akhirat kelak mereka akan menuntut balik hak mereka di dunia dulu.
3) Jangan mudah tertewas dek bisikan hawa nafsu. Mujahadah, mujahadah.
4) Ayuh jadi seperti rama-rama selepas Ramadhan ini. InsyaAllah.

Salam mujahadah ya semua
Wassalam.

2 comments:

kak ipah said...

ramadan kareem.. akak mohon share ye =) suke!

AK said...

ramadan kareem..iya,silakan aja. :)