Budak-budak ini, agak membuat bising di ruang solat tatkala jemaah sedang menunaikan solat. Namun, saya tetap kagum dengan mereka. Sekecil 7 tahun dan ke bawah sudah mula solat tarawikh di surau. 8 rakaat tarawikh + 3 rakaat witir. Saya pun tak pernah buat witir masa kecik.
Kalau budak-budak pun boleh tarawikh, inikan pula orang-orang besar, yang lebih dewasa. Bagus ibu-ibu mereka melatih anak-anak dari kecil agar berjinak-jinak dengan tarawikh. Macam ummi saya :)
Apapun, semoga mereka terus bertarwikh walaupun mengadu penat dan letih dengan bacaan solat yang agak panjang buat mereka ataupun mungkin tidak ikhlas. Tapi inilah permulaannya. Tahniah ya adik-adik, keep it up!
> Gambar diambil semasa ajk surau buat pengumuman. Dalam masa yang singkat itu dapat juga bertaaruf bersama mereka. Ah, comelnya!
Wassalam.



No comments:
Post a Comment