Saturday, August 20, 2011

Apa khabarmu kepompong?

Err. Khabarku baik-baik aja. Terima kasih bertanyakan soalan.

Hidupku di dalam kepompong ini aman-aman saja. Pada awalnya aku masih berada dalam pergerakan yang bagus. Aku cukup suka akan itu.

Namun, apabila masuk ke pertengahan, ada angin badai mula memukul kulitku.

"Aduh!". Aku merasa aneh, apa yang memukulku itu? Apa?

Aku terus dipukul lagi.

"Aduh!". Baru kusedari, aku terleka ketika berada di dalam kepompong ini. Maka angin ini memukulku supaya aku terus beringat, jangan terus terleka.

Lantas, aku mengambil pengajaran daripada peristiwa itu, supaya aku tidak lagi terleka ketika berada dalam kepompong ini.

Kerana aku takut, aku tidak bisa menjadi rama-rama bila aku keluar nanti. Aku mahu jadi sang rama-rama yang paling indah sekali!

Aku juga takut, jika keluarnya aku nanti aku tidak berjaya menjadi sang rama-rama, aku akan kembali menjadi aku yang dulu, si ulat beluncas yang berjalan perlahan sekali. Aku mahu menjadi sang rama-rama yang bisa bebas terbang bergerak ke mana-mana saja yang ku mahu.

Aku tidak mahu makan daun di pokok yang sama sahaja, aku mahu makan madu dari pelbagai jenis bunga di pokok-pokok yang berlainan!

Kalau aku terus terleka, apakah bisa aku menjadi kepompong kembali? Bagaimana jika aku mati dalam keadaanku seekor ulat beluncas? Bisa aja mati dimakan burung, mati tertusuk duri pokok, mati kepanasan..

Terima kasih angin kerana menyedarkan aku!

Wassalam.

No comments: