Friday, September 9, 2011

Palestin, Dhuha & Saman.

Assalamualaikum.
Hari ini 9 September 2011. Jumaat yang indah lagi mempesona. Subhanallah.

Hari ini saya terpaksa terkejar-kejar untuk ke Serdang, ada ceramah pasal Palestin.

Bermulalah perjalananku melalui Lebuhraya PLUS dengan bayaran RM2.40 sehala. Trafik agak lancar walaupun waktu itu pukul 8.10 pagi dengan orang ramai berpusu-pusu mahu ke tempat kerja.

Alhamdulillah, sampai ke pejabat i pada masa yang dijanjikan. Mulalah mencari parking yang kosong.
Akhirnya saya jumpa tempat yang senang je nak parking.

Saya melihat sekeliling sejenak. Dah lama tak berprogram di pejabat i ni memandangkan cuti semester yang lama. Tengok gerai-gerai kat tepi. Dan saya perasan suatu kelainan pada jalan tar. "Takde ape kot." Ku sekadar buat tidak tahu dan menuju ke pintu masuk pejabat i.

Mendengar pengisian tentang Palestin kali ini telah menyuntik motivasi bagi saya. Sungguh, banyak lagi isu-isu terkini, isu-isu Palestin yang saya tahu selepas waktu sekolah yang saya masih belum tahu.

Mendengarkan perkongsian daripada muajjih itu, saya rasa benar-benar malu dan bersalah yang menular. Astaghfirullah. Mereka di sana telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memerangi musuh Islam dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Apa yang aku buat? Bersenang lenang dan terpedaya dengan kemodenan dan kesenangan dunia. Benarlah, kehidupan dunia ini hanyalah sementara. Keseronokan itu juga tidak akan kekal lama.

Walaupun isu ini dah pernah dengar banyak kali, dan dah menangis banyak kali bila tengok gambar-gambar orang Palestin, tapi saya rasa tidak terkesan. Semangat yang berkobar-kobar itu hanya sementara. Lepas tu , tup tup padam dan terus lupa. Padahal isu ini takkan pernah padam dan akan berterusan ke akhir zaman.

Benarlah kata seorang ustaz dalam IKIM beberapa sebelum Ramadhan menjelang..

"Mungkin kita sudah pernah mendengar ceramah tentang puasa sebelum ni, tapi kenapa kita nak kena dengar lagi?

Mungkin bila kita dengar lagi ceramah itu, Allah nak bagitahu yang puasa kita masih belum sempurna sebelum ni.

Kemudian kita dengar lagi ceramah tu. Kenapa?

Mungkin Allah nak bagitahu yang kita perlu pertingkatkan lagi mutu dan kualiti puasa kita.

Pastu dengar lagi??

Mungkin Allah nak kita pula yang menyampaikan pada orang lain."

Begitulah kata ustaz itu. Betul juga kan. Kadang-kadang kita nak dengar benda sama banyak kali, rasa bosan tu akan ada. Sampaikan dah rasa kita ni dah sangat pandai tentang perkara tu hinggakan kita lupa, manusia itu sifatnya pelupa. Astaghfirullah.

Sampai waktu rehat. Kami sisters minum-minum dan makan-makan sikit di belakang. Kemudian ada seorang sister ni bangun dan mengerjakan solat sunat dhuha.

Saya bukannya tak nak solat, tapi.. Ya Allah, saya macam tak rasa nak solat. Ish. Mana motivasi diri dan mujahadah ni mak cik oi? Huk.

Kemudian sesi pengisian bersambung hinggalah ke pukul 12.45 tengahari dan semua orang bersurai.

Saya sudah mula berjalan ke kereta. Semasa lalu di depan kereta seorang sister, saya terkesima melihat ada surat cinta di cermin keretanya. Oh, tidak! Saya mula rasa gabra dan cuak.

Sesampainya saya di kereta, saya tersengih. Saya pun dapat surat cinta daripada Majlis Daerah. Haaaaaaaah. Surat saman! Kena bayar RM80 tu! Saya dan mula bertukar menjadi lebih stress, sebab dulu mana pernah kena bayar parking kat situ. Sebab dah lama tak datang, saya manalah tahu dia dah ubah sistem parking. Memang kecuaian sendiri.

Di rumah, abah dah bising dan suruh saya bayar sendiri saman tu. Ok, itu silap saya. I will. Terasa sedih sebab duit akan terbang percuma je. Duit tu, duit! Astaghfirullah. Sejak dapat JPA saya dah mula jadi seorang yang sayangkan harta. Ok, ini tidak bagus. Saya redha RM80 itu bukan lagi rezeki saya. Saya akan bayar nanti sendiri.

Tiba-tiba teringat pula tadi masa baru dapat surat saman, saya dan sister yang disaman tak solat dhuha. Tapi the only sister yang solat dhuha tadi tak kena saman. MasyaAllah. Ah, daku malu! Allah murahkan rezeki dia sebab dia solat dhuha mungkin. Itulah rezeki yang Allah berikan bagi orang-orang yang solat dhuha!

                                                            ***********************

Atiqah, jika kau sayangkan duit, duit tu bila kau mati nanti pun takkan ke mana.. Ok, rasa diri lebih termotivasi.

Wassalam.

No comments: