Monday, December 17, 2012

Rindunya!

Hari ini saya pulang dalam keadaan lemah. Beberapa insiden membuatkan saya mentally & physically lemah. Ya Allah.



Dalam kereta, saya dengar lagu feveret; Nombor 1 untuk saya. Tiba-tiba saya diulit rasa rindu pada ummi yang menebal. Saya rindu masakan ummi. Dan saya terus teringatkan kelazatan lempeng.

Terus saya masuk rumah dan solat asar pasu ke dapur cari tepung gandum, gula, garam, minyak, kuali, sudip. Saya pun masak. Emmm. Terimbau balik kenangan lama, ummi ajar saya pertama kalinya camne nak masak lempeng ni. Saya tersenyum sendiri. Masa tu darjah 5, ummi masak lempeng sedap sangat tapi cepat habis. Saya pun mintak nak lagi. Ummi pun suruh saya masak.

Manala saya pandai nak buat lempeng masa tu kan? huhu. Ummi pun cakap saya ikut. Terjerit-jerit dari dapur tanya macam mana sementara ummi tengok tv. Gawat jadinya. Tapi akhirnya jadilah lempengnya walaupun tak sesedap air tangan ummi. :)

Lepas tu lempeng makan banyak-banyak kali. Bibik pun hari-hari nak masak lempeng, jadi muak pulak. Sampaikan saya tak suka dah makan lempeng. Astaghfirullah, tak bersyukurnya aku kan. :'(

Harini saya rindu nak makan lempeng itu. Alang-alang bawah tudung saji ada sambal bilis, saya pun makanlah. Ya Allah, lazatnya.:'). Terubat rindu. Lempeng, walaupun simple je dan rasa macam makan tepung je (sebab rasa tepung gandum je pun bahannya), tapi kenangan itu yang menyedapkannya.

Astghfirullah. Astaghfirullah.

Saya akui saya seorang yang mudah sangat terimbau benda lalu. Kadang-kadang teringat ummi, ingat nenek, ingat kucing. Terlampau rindu.

Sampaikan abang saya sindir: Ingatlah Allah!
Saya tak puas hati, salah ke nak rindukan ummi yang menjadi kenangan dalam hidup saya? Salah ke?
Dia balas lagi, ingatlah Allah!
Hek eleh, pelik mamat ni. aaa, tak puas hati. Lawan-lawan dia je menang, bosan!

Lama-lama, saya sedar. Benarlah katanya. Mungkin rindu saya berlebihan. Rindu ummi lama gila, rindu Momo pun over-over. Tapi rindu saya tu selama mana?

Lupakah saya pada siapa yang menciptakan ummi? Yang menciptakan Momo?

Allah!

Ya, sepatutnya rinduku pada mereka membawa kepada rinduku pada Allah. Kerana Allah yang menciptakan mereka, dan juga aku bukan? T-T

Pastu, part yang saya rindu ummi saya buat lempeng, boleh aplikasi gak. Rindu pada Allah, kita mesti nak buat apa yang Allah suka. Supaya lebih teringat-ingat Allah. Allah. Allah. T-T

Ya, benarlah kata pujangga,

sayangkan bunga, bunga kan layu..
sayangkan manusia, manusia kan pergi...

sayanglah Allah kerana Allah itu kekal abadi... :)

Ya Allah, palingkanlah perasaan rindu aku ini ke arahMu. Jangan biarkan aku rindu, rindu serindunya pada yang telah pergi melebihi rindunya aku kepadaMu. ^^

No comments: