Assalamualaikum.
Baru pulang dari KLIA dengan bayaran parking menelan RM15. Terbaik. Semoga itu juga menjadi saham-saham yang .....
Abang saya MHK menyertai rombongan Aqsa Syarif ke Gaza misi ke 12. Pada kali pertama dia cakap dia dapat tawaran tu dan akan pergi, saya buat tak endah je. Saya tak rasa macam best pun sebab lately banyak ke artis ke sana. Bergambar sana sini.
Lama-lama, dia mula menunjukkan keseriusannya dengan mesej-mesej comelnya seperti biasa. Saya mula merasakan bahangnya.
Pastu dia busy lagi mengemas cari barang sana sini.
Padahal peluang ke sana, tak semua dapat pergi. Tanah berkat. Saya aim nak pergi sini lepas gi Mekah nanti. Lupakan niat nak pergi Jepun ya. Baik pergi tempat yang lebih diberkati.
Akhirnya tadi saya bertemu. Tapi sebelum saya ke KLIA tu saya ada baca status baru dia, sebelum ni sebelum naik bas aku selalu pesan kat famili doakan aku mati syahid, tapi kali ni aku mohon kalian doakan aku mati syahid, kerana mati itu pasti (lebih kurang camnila ayatnya).
Persss.
Terleleh gak air mata seorang adik. Yela, abangku hanya seorang. Saya mula rasa macam... rasa... entah. Speechless. Mungkin tak bersedia untuk kehilangan lagi seorang abang. Err, you ada satu abang je kan? yup!
Sampai awal sebab dia ajak teman dia. Kebosanan nampaknya tak ramai orang sangat. Sebab tula bayar parking mahal sangatnya. Satu jam 4 ringgit.== Kami bergambar bersama. Bergurau bersama. Indahnya terasa saat itu. Ditambah pula dengan kelibat ahli keluarga yang lain yang baru tiba. :)
Pastu saya sempat snap satu gambar di bawah ni. Saya tahu abang saya comel. haha.
Semoga perginya Along ke sana, bisa membantu saudara-saudara seislam, seaqidah di sana. Perginya kamu tadi ceria, pulangnya kamu entah bagaimana rupanya. Semoga beroleh seribu pengajaran dan ibrah dan muhasabah diri pabila beradanya Along di sana. Kalau Allah mengizinkan matinya Along di sana, semoga beroleh syahid yang Along impi-impikan itu. :,)
*i did something with your handwarmer in your coat pocket.im sorry ><.

No comments:
Post a Comment