Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk menulis lagi kali ini. Aku cuma mencari ruang sedikit untuk merehatkan minda selepas pulang dari exam tadi ya.
Sebelum itu aku datang awal ke fakulti. Sekadar mahu menenangkan diri. Ya ternyata aku melihat sesuatu yang indah sekali tatkala aku membaca di tepi rumput bertiraikan langit.
Langit sungguh biru dan indah sekali subhanallah. Kemudian aku melihat ke arah rumput, aku melihat ada 2 ekor burung sedang sibuk mencari sesuatu. Aku sangka mereka mencari makanan, aku pun membaling kepala udang daripada kuetiaw goreng ke arah mereka. Tapi mereka menolak.
Aneh, jual mahal ke burung?
Lama aku melihat gelagat mereka. Lama-lama aku faham, mereka mencari dahan-dahan kering untuk dibuat sarang. Sebab lepas gigit dahan kering mereka terbang ke atap fakulti yang ada lubang dan lesap. Kemudian datang kembali.
Sesuatu yang menarik berlaku. Seekor burung itu pun cuba menarik satu dahan. Tapi tak dapat. Dia usaha lagi. Tak dapat juga. Saya dan kawan tertawa melihat gelagatnya. Dia usaha lagi dan lagi. Akhirnya dia pun cari dahan lain sebab dahan tu masih berakar dan tak cabut lagi. Kemudian mereka pun terbang bersama-sama ke lubang yang sama.
Berulang kali sampai aku hilang fokus. Eh bukan. Lama-lama jadi 4 ekor pula. Tapi mereka semua lesap terus sebab kawan saya sergah mereka. Ish kacau la. Baru nak belajar behavior burung dan nak larikan diri dari nota ni. hehe
......................................................................................
Saya nampak di situ, USAHA. Ya, mereka sangat berusaha dan begitu rajinnya. Saya rasa mereka memang sangat rajinlah.
Kenapa saya cakap camtu? Sebab mereka sanggup berulang alik dari atap ke tanah, aap ke tanah ke atap ke tanah ke atap ke tanah. Berulang kali. Tanpa henti, walaupun ada juga berhenti.
Tapi pencarian dahan tu perlu diteruskan untuk membina sarang untuk bertelur atau berlindung.
Selagi tak siap sarang tu selagi tula mereka akan terus mencari dan mencari. woo
Bila adegan yang dia tarik2 tak dapat tu, memang lawak. Tapi kan saya rasa burung tu sangat bersungguh-sungguh sampaikan betul-betul tak dapat baru dia usaha cari yang lain. KESUNGGUHAN & BERIKHTIAR itulah yang dia aplikasikan dalam hidupnya.
Haha. Ye ye jek. Memanglah burung takde prinsip hidup, tujuan hidup macam manusia. Tapi kadang-kadang dan selalunya memang haiwan tu antara ciptaan Allah untuk memberi pengajaran kepada sesiapa yang mahu. Siapa yang nampak.
Ok. Saya rasa termotivasi oleh burung itu. Terima kasih burung-burung yang cantik. Subhanallah :)
No comments:
Post a Comment