Assalamualaikum.
Harini rasa boleh lebih bernafas, lepas ada oral exam dengan pensyarah. haha. Lupakan je yang lepas ya. Apapun tak boleh nak diubah. Selebihnya tawakkal dan timbulkan banyak-banyak pengharapan kepada Allah. Allah pasti akan bagi yang terbaik untuk hambaNya.
Yunus. Famousnya dia kerana kisahnya ditelan ikan nun. Ada lagu lagi yang menceritakan kisahnya. Kenapa dia kena telan dengan ikan? Apa signifikannya Yunus menjadi topik perbualan dalam post kali ini?
Tadi baru sentuh pasal surah al-Qalam.
Di ayat-ayat terakhir adalah kisah nabi Yunus. Nabi Yunus ni dah berdakwah kepada penduduk satu kawasan ni, tapi malangnya takde sape pun yang nak terima dakwahnya.
Nabi Yunus ala-ala "merajuk" melarikan dirinya jauh daripada kaumnya dan naiklah dia kapal laut.
Bila naik kapal, tiba-tiba ada insiden berlaku dan memerlukan seorang manusia dibuang dari kapal, untuk menstabilkan kapal tu.
Undi punya undi. Undi. Akhirnya Yunus pun mendapat undi, dan akhirnya dia dibuang ke laut. Bila dah buang dia ditelan pula oleh ikan nun. Itu antara bantuan Allah yang dihantar kepadanya.
Lama nabi Yunus duduk dalam perut ikan tu, kalau ikutkan riwayat nasyid tu, 40 hari 40 malam. Lama tu masanya. Bergelap.
Lepas tu nabi Yunus pun dimuntahkan oleh ikan nun dengan keadaan badannya kulit sudah tiada dek larutan cecair dari perut ikan nun (HCl kot ea, yang untuk penghadaman tu). Bagaimana hebatnya Allah lindungi Yunus. Kalau ikut logik mesti nabi Yunus dah terhadam dalam perut ikan tu dalam tempoh 40 hari tu.
Tapi..
Allah masih memberi peluang kepada nabi Yunus untuk muhabah dirinya. Refleksi diri, cari mana kekurangan.
Akhirnya nabi Yunus kembali berdakwah kepada kaumnya kembali.
Ada sesuatu yang Allah nak ajar kat situ. Jangan putus asa, jangan give up dalam menyampaikan kebaikan, menyampaikan islam itu sendiri.
Boleh jadi berlaku penolakan, akan ada pelbagai alasan, pelbagai ujian, the key is don't give up. Bersabarlah. Sikap seorang daie bukanlah berputus asa. Sikap seorang daie bukanlah seorang yang mudah give up.
Peringatan yang sungguh indah dan kena dengan saya untuk malam ini. Terima kasih Allah atas teguran ini. Kisah yang biasa didengar, tapi sebelum ini belum pernah memfikrahkan ceritanya. Terasa indahnya ayat-ayat al-Quran. Pengajaran yang simple, tapi bermakna.
So 諦めないよ!(akiramenai yo!) = Jangan berputus asa, don't give up. Rahmat Allah kan luas. Ujian-ujian yang diberi selalunya memerlukan kita untuk muhasabah diri, mungkin kot sana kita ada terkurang something. So kena sentiasa muhasabah diri.
Sumber rujukan: Tafsir fi Zilal, Surah Al-Qalam. Mulut yang boleh dipercayai. InsyaAllah aku percaya dan yakin dengan apa yang aku dapat.
No comments:
Post a Comment