"La, patutla macam pernah dengar. Dah pernah dapat dah ni dulu."
Antara pepatah-pepatah yang ku biasa ungkapkan, bila sesuatu ilmu kudapat. Benar, mungkin saya menuntut ilmu itu pada ketika itu tanpa keikhlasan, niat lari entah ke mana dan yang paling penting, saya tak amalkan pun apa yang saya belajar tu. Macam mana ilmu tu nak melekat dalam diri kan? Kita macam acuh tak acuh je nak ilmu tu.
Kalau nak ikutkan, ilmu tu macam manusia juga. Dia hanya ada pada orang yang mahukannya, benar-benar ikhlas menerimanya. Dia nak masuk dalam hati-hati orang yang bersih dan suci, bukan hati yang gelap hitam kerana berbuat maksiat. Kalau orang nak kan dia sekejap cuma, sekejap jela dia dengan seseorang itu. Macam manusia kan? Kalau kita betul-betul nakkan dia bersama dengan kita, amalkanlah. InsyaAllah dia akan sentiasa bersama dengan kita. Rugilah kita andai membiarkan ilmu itu begitu saja. Bukan senang nak dapat sesuatu ilmu. Masa, tenaga dah habis untuk dapatkan dia. Cara yang paling mudah, hargailah dia, amalkan dia. Atau untuk lebih advance, sebarkanlah dia pada orang lain.
Sepertimana pepatah Arab : "Ilmu tanpa amal, ibarat pokok tanpa buah". Jadilah kamu seperti pokok yang rimbun , lebat daunnya dan banyak buah yang ranum supaya akhirnya kamu berguna buat manusia. Amalkan Ilmu! InsyaAllah, masih tidak terlambat untuk mengutip dan refresh kembali ilmu-ilmu yang ada. Selamat beramal!

Wassalam.
No comments:
Post a Comment