
Bismillahirrahmanirrahim.
Lihat saja pada tajuk, pasti sudah dapat dijangka apa yang bakal kusampaikan. Sungguh, pada sem ini, tahun baru ini, ku telah berazam untuk tidak tidur selepas Subuh, sebagaimana yang pernah ku lakukan beberapa kali dulu-dulu. Terasa juga mahalnya rezeki di hari itu bila bangun lambat. Semoga itu menjadi pengajaran buat diriku.
Dikisahkan di suatu hari (semalam), saya & kawan sebilik;Nadia bangun untuk solat Subuh di subuh hari. Sejak buka sem ni saya tak pernah lagi tidur lepas Subuh. Dan minggu ni pula, saya & Nadia sudah mula tidak tidur lepas Subuh. Saya cuba menahan nafsu tidur itu walaupun kelas mula jam 9 pagi. Mungkin pada masa itu teman-temanku yang lain masih lagi enak dibuai mimpi. Saya gembira kerana Nadia juga tidak tidur kerana sibuk menjaga orang kampung dalam laptopnya.Haha. Kemudian saya melontarkan soalan kepada Nadia.
Saya: Nut, tahu tak apa yang jadi kalau kita tak tidur lepas subuh?
Nadia: Tak tahu. Jadi apa?
Saya: Nanti rezeki kita murah tau.
Nadia: Oh,tahula tu. Ok-ok, pasni aku dah tak nak tido lepas subuh. Aku nak exercise.
Saya hanya tersenyum. Ada juga saya katakan padanya, mana tahu lepas ni perniagaanmu makin maju ke apa (dia minat berniaga, tidak sepertiku). Dia seperti berbunga-bunga dengan pernyataan itu.
Tengahari itu dia berurusan dengan pembekal dan akhirnya dia dapat deal harga dengan harga yang murah. Dan petang itu juga pembekal itu datang menghantar barang-barang yang dia mahu niagakan. Alhamdulillah, saya tumpang gembira buat dia.
Petang itu pula, kami ada lab di fakulti. Memandangkan kami terlajak power nap, kami tergesa-gesa bersiap untuk menaiki bas yang tinggal lagi 10 minit untuk berlepas. Saya menuruni tangga dengan tergesa-gesa dan nampak bas sudah mula bergerak. Saya berlari mengejar bas tersebut. Nadia masih di atas. Saya dengan berani berdiri di depan bas untuk menahan bas tersebut. Namun bas itu tetap tidak mahu berhenti. Oh tuhan. Sungguh, kurasa seperti hilang harapan. Kami akan terlewat. Dengan hampa saya mengajak Nadia untuk pergi ke surau kolej sementara menunggu giliran bas seterusnya bergerak. Dalam perjalanan ke surau itu, kami terserempak dengan 2 orang classmate lelaki cina. Mereka bawa kereta ke kelas. Kami minta ditumpangkan ke lab, dan alhamdulillah masih ada kosong. Sungguh bersyukur. Terasa sungguh Allah memudahkan perjalananku pada hari itu.
Mungkinkah anda pernah merasakan apa yang saya rasakan? Mungkin kecil nilaiannya di mata kita, namun besar di sisi Allah. Seboleh-bolehnya, jangan tidur selepas SUBUH! Mungkin anda akan dapat sesuatu yang anda tak sangka-sangkakan. Jadilah orang yang sentiasa berpagi-pagi. ^_^
Wassalam.
No comments:
Post a Comment