Sunday, January 16, 2011

Sahabat

Sahabat,

mungkin sudah lama kita berkenalan
mungkin sudah lama kita bertemu
mungkin sudah lama kita berkongsi pengalaman yang sama
mungkin sudah lama kita berkongsi masalah bersama
mungkin sudah lama kita melakukan rutin harian bersama
makan bersama
tidur bersama

Namun,

ku akui
ku masih tidak berjaya memahami dirimu
masih tidak berdaya memahami apa yang berada di benak hatimu
ku tidak dapat mengagak lagi bagaimana ekspresi mukamu berubah-ubah
bila marahmu
bila sedihmu
bila sakitmu
bila gembiramu
bila jemumu

Mungkin,

kadang-kadang timbul perasaan aneh di celah hatiku
bila kamu berubah wajah di hadapanku
kenapa kamu begitu?
kenapa perlu begitu?
di mana silapnya ku?
syaitan juga tidak terlepas membisikkan bisikan beracunnya
Astaghfirullah!

Sungguh,

apalah gunanya bersahabat dalam suatu tempoh yang lama
namun masih tidak mengenali sifat, tabiat dan fiil sahabatnya
apalah gunanya sentiasa bertemu dengan sahabat itu
namun seringkali mengalami masalah komunikasi
apalah gunanya sentiasa bergurau-senda sesama sendiri
namun masih lagi ada yang terasa

Maafkan diri ini sahabat
Mungkin silap diriku sendiri
Tidak menjaga sensitiviti
Mungkin terlalu memikirkan masalah sendiri berbanding masalah yang kita sama-sama perlu selesaikan
Harapanku
Semoga ukhuwwah yang terbina ini akan terus berkekalan dan sentiasa dirahmati Allah

Ingatkanlah aku apabila aku terlupa, dan tegurlah aku apabila aku tersalah.
InsyaAllah aku akan berlapang dada dengan teguran itu.
Jangan disimpan dalam hati.
Sampai bila pun aku takkan tahu di mana silapnya aku.

Wassalam


1 comment:

She's Shai said...

setap aper y kter inginkan tak semestinyer tercapai..aslakna kter cukup bersyukur sudah ada teman disisi kiter..mungkin sampi biler2 kiter xkkn dpt kenlai sepnuhnyer pon shbt2 kter..tp..jika persahabtn itu terbina niat kerna Allah..akn dikekalkan jua persahabtan itu..ia sesuatu y sukar tp x mustahil...
sungguh..aku sudah bersyukur..namun..mgkn kdgkaler kiter perlukan perhatian sedikit dr teman...