Tuesday, January 4, 2011

Jangan Bangga Diri

Bismillahirrahmanirrahim.

Bermegah-megah telah melalaikan kamu.

Sampai kamu masuk ke dalam kubur.

Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu itu.

Kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui.

Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan pasti.

Niscaya kamu benar-benar akan melihat dengan kacamata sendiri.

Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan yang kamu megahkan di dunia.

(Surah At-Takasur 102:1-8)

Tafsiran di atas menceritakan tentang orang-orang yang bermegah-megah, berbangga-bangga dengan apa yang dia miliki di dunia ini. Tidak kiralah apa yang dibanggakan itu adalah daripada harta, pangkat, anak, pengikut dan sebagainya. Di sini saya mahu membawa beberapa kisah yang pernah terjadi pada diri saya, yang dalam tak sedar saya telah berlaku megah, bangga dengan apa yang saya miliki. Nauzubillah.

Sejak kecil, keluarga saya dikira agak susah dan kami hidup tidaklah di dalam keluarga yang bermewah-mewah, namun tidaklah terlalu miskin. Sederhana kukira. Namun saya masih dapat merasai bermain basikal, walaupun terpaksa berkongsi dengan adik saya. Baju pun saya ambil baju kakak saya yang sudah kecil padanya. Kami juga ada van untuk bergerak ke sana sini. Rumah sewa yang sederhana. Hidup kami tidak semewah orang-orang yang bergaji besar.

Bila saya sudah besar, mak dan ayah masing-masing sudah bergaji besar. Kami sudah mula memiliki kenderaan yang lebih mahal harganya, rumah juga makin membesar. Adik-adikku juga sudah dapat merasai kemudahan-kemudahan yang tak pernah kumiliki sejakku kecil. Saya sudah merasa sangat selesa dengan suasana itu. Apa yang kumahu, kini kudapat miliki. Aku sudah mula rasa bangga dengan apa yang kumiliki. Tidak semua orang dapat merasainya. Timbul perasaan bangga di dalam hatiku. Tapi dalam hati ini kuterasa tidak tenteram. Astaghfirullah.

Di universiti pula, saya belajar kos kedoktoran haiwan. Teman-temanku tidak habis berkata, kos inilah yang paling hebat, paling best. Malah cuba dibanding-bandingkan dengan kos kedoktoran manusia pula. Saya hanya terdiam, membantah dalam hati. Berjalan dengan bangga dengan identiti sebagai pelajar kos kedoktoran haiwan. Mula-mula rasa tidak selesa dengan apa yang diperkatakan mereka. Tapi, lama kelamakaan kusedar. Kini saya sudah wujud rasa ujub dan bangga dalam diri. Mungkinkah kerana kos ini terlalu bagus? Hebat? Saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Hati ini seperti ada rasa serba salah. Astaghfirullah. Allah lebih hebat!

Sudah lama saya baca surah ini. Sejak kecil di bangku sekolah. Namun tak pernah ku baca tafsirnya dengan hati. Bila kubaca, kurasa seperti dush! Sungguh, ayat Allah ini berbentuk peringatan buat mereka yang lalai. Semua yang kita ada, kita dapat di saat ini datangnya daripada Allah. Sampai masanya nanti semuanya akan ditarik balik. Sejauh dan setinggi mana pun kita belajar, Allah punya ilmulah yang paling hebat. Semua itu hanyalah pinjaman. Ingatlah diri ini dan pembaca sekalian. Jauhkanlah perasaan bangga diri dalam hati kita, jangan biarkan ia menguasai diri kita. Hanya Allah yang berhak berbangga-bangga.

Peringatan buat hati-hati yang leka dan alpa.

Sekian,wassalam.

1 comment:

She's Shai said...

org y berbangga...
stp dr manusia jika msh ader ujub pade dirinyer..maka ..imannyer msh tidak sempurna..kerna ujub tulah y merosakkan amln kiter..y buat dr kiter lbh hina sbnrnyer..
semua aper y kos2 ader pon ader eistimewaan sndr..andai tiada doktor manusia..mcm aner kiter nk jd doktor haiwan??
kalo xder doktor haiwan...guaner kiter nk pstkn pets kiter sihat..
dan..kalo xder akauntan di dunia nih...mkn huru hare ler dunia biler duit2 senang2 jer lesap begitu jer..
jd..stp profesion aderlah ptg dan berharge...terbaik or x...terletak pade nilai dlm diri kiter..
:)
kayer x kayer....haha..cukuplah jika kiter rase cukup dan syukur aper y kiter ader..kiterlah insan plg kayer...biarpun dunia xtaw...