Wednesday, January 26, 2011

Ketika kuberputus harapan...

Aku putus asa. Rombongan yang patut ke Klang telah berselisih denganku tadi. Aku ditinggalkan. Entah apa aku fikirkan. Tadi aku pulang ke rumah sebentar kerana mahu membawa Innova kembali ke Uni PM. Ibu ada hal sebentar, aku tunggu. Terpaksa kukatakan pada kawan-kawan yang akan pergi bersama-sama, pergilah dulu. Takpe, tinggalkan saja aku andai aku terlambat. Aku tidak rasakan aku mampu sampai ke sana pada masa yang dijanjikan. Hatiku tidak tenteram. Aku tiba ke tempat yang dijanji, kosong. Tiada orang. Aku tiba-tiba rasa sia-sia saja aku memecut 120 km/j tadi. Ke mana harus kupergi selepas ini. Aku berhentikan kenderaan ke tepi. Air mataku perlahan-lahan menitis. Aku rasa penat. Aku terkejar-kejar namun apa yang aku dapat. Nothing. Penat je aku contact kawan-kawan yang lain tanya diaorang nak join ke tak. Uruskan bagaimana mereka datang ke tempat tu. Tapi aku sendiri tidak datang. Serius hatiku rasa seperti apa tak tahu. Perasaan yang kurasa bila aku buntu. Tiba-tiba kulihat sebuah kereta tidak jauh dari situ. Eh, bukan ke kereta itu yang akan sertai konvoi itu? Keluarlah seorang kawanku, berjalan ke arahku. Hatiku yang tadi layu kini kembang. Ya Allah, masih ada harapan! Dan akhirnya aku dapat juga sertai rombongan itu. Alhamdulillah. Hajat ke Klang hendak melawat sahabat yang baru bapanya meninggal. Betapa syukurnya aku ketika itu dapat juga menyertainya, walaupun pelbagai rintangan yang harus aku tempuhi untuk itu.

No comments: