Tuesday, June 5, 2012
Jaulah @ Batu Pahat
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah selamat pergi dan sampai dari jaulah ke Johor, spesifiknya di Batu Pahat. yeay
Jaulah 2 hari 1 malam ni amatlah menyeronokkan dan sweet dan best dan menggembirakan. Banyak benda Allah nak tarbiyah diri yang kerdil ini.
Dan dari jaulah ni jugalah saya dapat kenal akhawat-akhawat dengan lebih mendalam, bukan sekadar dalam usrah dan program. Ni lagi detail taarufnya.huhu
Apa yang dibuat sepanjang jaulah?
* Banyak bertaaruf
* Dapat solat kat masjid cantik
* Dapat makan dalam talam dengan lazat
* Pergi Pejabat Ikram Batu Pahat, dengar pengisian mantop daripada kak Farihah pasal Ghulam Dakwah. Lagi best dan terkesan dari yang dulu pada 2009.ehe
* Dapat makan bihun dengan sambal sedap Johor, dapat makan aiskrim durian free.
* Dapat kenal Batu Pahat sangat besar dan jauh
* Dapat tengok kilang Munchy's yang cantik dari luar
* Dapat makan masakan jawa kat rumah kak Siti. nyom2
* Dapat pergi rumah kak Siti yang memang berbeza dengan apa yang saya bayangkan. Damai dan sungguh kekampungan suasananya.
* Dapat hias tempat makan pengantin
* Dapat berkhatam Quran, tahlil, tengok pernikahan, makan kenduri, dapat goody bag.
* Dapat solat kat wakap kat perhentian
* Dapat makan durian
* Dapat banyak nasihat daripada kak Siti yang saya takuti dulu.ehe
* Dapat melihat elemen-elemen dalam kerajaan Allah
* Dan paling sweet, dapat jadi ketua driver jaulah. Mandu depan sekali, vrooooom
Alhamdulillah. Banyak sungguh nikmat dan rezeki yang Allah bagi. Semua aku tidak menjadi hamba yang kufur nikmat.
Ibrah dari jaulah ni?
Saya dapat mendidik diri untuk terus bersabar, bersabar dengan jalan sesak masa kat bandar Batu Pahat, dan masa kat highway PLUS nak balik tu. Lagi-lagi bawa van manual. fuh
Juga tak dilupa saya dapat dengar cerita Ghulam dakwah versi yang sangat best, siap rakam lagi sebab masa pengisian tu saya masih berpenatan driving dari KL. Tapi, memang best dan buat lebih berfikir. waa. InsyaAllah nanti saya sharekan pengisiannya suatu hari nanti.
Lepas tu, akhawat Batu Pahat sangat mengalukan kami, bagi kami makan macam-macam yang sedap. Alhamdulillah. Walaupun baru je beberapa jam kenal, terus rasa manisnya ukhuwah tu. Itulah kuasa ukhuwah. ehehe. Seronok sangat, itulah akhawat-akhawat UTHM :)
Di rumah kak Siti pun, macam-macam yang dapat dipelajari. Maknya sangat sweet, lembut je. Sesuatu yang membuatkan kami berfikir bila melihat kak Siti. hehe. Di situ juga saya lebih kak Siti, tahu latar belakang hidupnya, sesuatu yang sangat baru bagiku. Suasana kampung yang damai, yang sangat jauh dari dari dunia luar. wah.
Itu je kot.
Sesungguhnya best sangat. Tak sabar untuk jaulah seterusnya ke Terengganu!
Nak share satu perkara lagi, kalau kita nak lebih kenali seseorang tu, kita kena makan bersamanya, tidur bersamanya dan berjaulah (bermusafir) dengannya. Wah, semoga taaruf di jaulah ini boleh buat saya lebih faham dengan akhawat di sepanjang jalan DnT ini. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment