Hari ini saya ada masa untuk baca sirah Rasulullah, buku untuk budak-budak tapi best!
Saya ambil kat rumah haritu, Iqbal punya. Masa saya ambil tu dia kata eh tu buku ibal lah!
Saya jawab, yela achik pinjam jap. Nak baca kat kolej.
Ooo. Bacalah, mesti achik nak guna dalam usrah kan? :)
Eh, taklah. Aa, ye ye. Pandai pulak budak ni. huhu
Ok, berbalik pada buku tu. Saya rasa suka pulak baca, dah lama tak baca sirah dengan hati. Tahu kenapa?
Sebab kat sekolah Al-Amin dulu saya dah belajar dari awal sirah sampai habis. Saya rasa semua tu dah cukup dan sirah dah macam kat hujung jari. Petik sekali keluar.
Tapi, lama-lama saya sedari. Banyak nikmat yang saya ada dulu Allah dah tarik slow-slow.
Banyak benda saya dah lupa.
Manusia kan pelupa. MA"LUPA". aish.
Baca buku tu, rasa macam berada di tempat itu sebentar. Kenal balik nama sahabat-sahabat yang syahid dan peran mereka. wah
Dan yang paling terkesan adalah kisah di mana Rasulullah berhijrah ke Madinah. Kenapa?
Di sebabkan orang Islam masa tu dah terseksa dan sangat susah untuk diterima Islam di Mekah, maka mereka berhijrah ke Madinah untuk tempat yang lebih selamat. Bukan untuk larikan diri semata-mata.
Dan di Madinah juga Rasulullah bina Islam di kalangan masyarakat Madinah. Berperang bersama mereka. Bersusah payah bersama mereka, ada yang syahid.
Akhirnya sampai satu masa, mereka kembali ke Mekah. Mereka membuka kota Mekah. Semua jahiliyah dibuang. Setelah mempunyai kekuatan di Madinah.
howhow.
Subhanallah. Cantik sangat perjalanan hidup Rasulullah. Ada sesuatu di situ untuk di ponder. Tak tahu nak tulis the exact word. Mungkin saya sorang je yang dapat tafsirkan maksud sirah ni mengikut pemikiran saya. haih
Rasulullah ada bersabda: "Wahai sekalian kaum muslimin, barangsiapa yang terkena musibah, maka hendaklah dia membandingkannya dengan musibah yang menimpa diriku kerana tiada seorang pun umatku yang ditimpa musibah melebihi apa yang menimpa diriku".
Benarlah. Kadang-kadang rasa ditolak, tak nak diterima orang. Dah mula rasa macam teruknya perasaan ni. Tapi Rasulullah kena tolak dulu sangat dahsyat kot. Tapi Rasulullah tak putus asa. Allah sentiasa melindunginya dan bersamanya.
Oh, ya Rasulullah. Aku rindu padamu. Nak ikut apa Rasulullah buat. Semoga beroleh syafaat darinya di akhirat kelak. :')
No comments:
Post a Comment