Ya, sungguh dan cukup indah. Siapa cakap tak indah?
Dan ia banyak mengajar saya, membentuk saya. Saya rasa tanpa tarbiyah itu tidak mungkinlah saya dapat menjadi saya yang begini sekarang. Sekarang yang bagaimana? aha
Saya tak mampu nak menulis panjang, masih lagi pening dan penat lantaran memikirkan praktikal esok dalam keadaan mental dan fizikal yang tidak bersedia. erkk. Daie comel kena kuat hadapi segala macam rintangan!
Ok, ok. Ikhlaskan balik niat nak praktikal kerana Allah. Cari ketenangan bersama itik-itik di sana. hoho. i like itik.
Dan selepas exam je saya kira takde pun masa untuk saya relax sangat, saya suka itu! Rasa dapat buat banyak benda, lebih berkat. Kadang-kadang masa sibuk lebih bagus daripada masa relax bukan?
Hmm..hm..apa lagi ya.
Tu je kot. Pesanan untuk diri sendiri, jangan lupa tanggungjawab dan amanah yang ada, sentiasa ikhlaskan niatmu, sentiasa berzikir, ingat Allah, pastu jaga iman sokmo, pandanglah semua yang berlaku dengan spekmata tarbiyah dan dakwah. Aa lagi satu kak Siti pesan, jadilah daie di mana saja kamu berada :) insyaAllah.
#alhamdulillah, Dr Mursi menang. semoga dengan itu kemaraan Islam dapat lebih mara.eh
No comments:
Post a Comment