ada akhawat belanja makan durian ^^ hentian PLUS
Ada orang kata bau durian best.
Ada kata bau durian busuk amat.
Ada 2 persepsi di situ bukan?
Ada orang suka, ada orang tak suka pada satu benda yang sama.
Ada suka tempoyak je, tapi tak suka durian.
Manusia itu berbeza, cantik je Allah ciptakan berbeza.
Untuk kita saling berkenalan.
Macam tu jugakla ukhuwah kan.
Dalam ukhuwah ni ada durian, garamnya.
Kadang-kadang ukhuwah tu boleh jadi best, kadang-kadang boleh jadi tak best.
(haha,apa punya contohlah ya)
Bila tak best tu memang salah sendiri, sebab di situ nampak sangat hubungan dengan Allah dah lompong-lompong.
Kerna siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.hek
Saya nak sangat ada sahabat yang bisa jadi tulang belakang saya.keh2
Jadinya, kena sentiasa berdoalah kan.
Macam doa Nabi Musa dalam surah Taha ayat 29-35:
"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku.
Iaitu Harun saudaraku.
Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia.
Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku.
Agar kami banyak bertasbih kepadaMu.
Dan banyak mengingatiMu.
Sesungguhnya enkau maha melihat kami."
InsyaAllah, semoga akhawat, teman-teman yang kukenali sekarang bisa menjadi sahabatku dalam perjuangan ini.
oh, manisnya ukhuwah macam durian :)
.jpg)
2 comments:
gas yang terhasil subhanallah baunya...osem...ahaha
haha.subhanallah.:D
Post a Comment