Saturday, June 9, 2012

Langkah

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan
Mencalar ketabahan
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian

Allah...

Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk kubertahan
Semangat tenggelam lemah daya
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap insan

Allah...

Pimpini diriku
Untuk bangkit semula meneruskan langkha perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan
Agar mimpi menjadi nyata
PadaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu
Wahai Tuhan yang satu
Segalanya dariMu

Lagu by UNIC- Langkah Tercipta.
Saya begitu sukakannya >.<
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Allah..

Aku rasa makin lama makin payah perjalanan ini
Rasa macam diri ini cepat sangat berputus asa
Cepat sangat lemah
Cepat sangat

Bila rasa iman dah menaik mendadak
Tiba-tiba rasa menurun pula

Hmm..Hmm..

Kadang-kadang hilang semangat
Lembik lole
Rasa dah tak nak tempuhi dah hidup sebagai budak vet
hahah..alasan semata

Tapi tiba-tiba akan muncul satu suara
Hey, inilah ujian
Ujian untuk uji keimananmu

ya ya je la ada bisikan tu kan..
hoho

Tapi serius

Kadang-kadang akan muncul bisikan:
"Adakah betul apa yang aku buat sekarang?"
"Betul ke apa yang aku pilih ni?"
"Err, banyak sangat ujian aku lepas pilih mende ni, am I in the right way?"
bisikan-bisikan was-was tu bisikan syaitan bukan?hm

xoxo
Dah puas menangis
Dah puas stress

Tapi kenapa tak sedar-sedar?
Kan apa-apa ujian yang Allah bagi tu..

Allah nak uji tahap keimanan kita?

Allah masih uji kita, supaya kita sentiasa ingat Dia?

Allah nak kita mengadu-ngadu kat Dia, sebab Allah rindukan 
rayuan kita?

Sobs. Sobs.

Ayola kawan-kawan.

Inilah pilihan yang telah kita buat.
Inilah ketentuan dan ketetapanNya untuk kita.
Dah takde masa nak menyesal bagai.
Nak mengeluh, memikirkan nape kita pilih mende yang salah?

Seharusnya kita bersyukur berada di jalan ini.
Kerana dengan berada di jalan ini,
kita lebih banyak diuji

Ujian tanda Allah sayang kita.
xoxo

Daie comel jangan menangis.
eh.

Mulakan langkah comel, eh langkah baru!
=)



No comments: