Saturday, June 16, 2012

PAPA

Papa..

Maafkan saya papa kalau tadi papa nak hantar saya gi ceramah papa merungut-rungut
Sebab tempat ceramah saya tu makan masa kan
Kena stop stop plak
Kan papa nak balik Kuala Berang
Jauh lagi perjalanan, mesti penat
Kesian papa

Tapi saya cakap kat papa kan
Semoga Allah merahmati papa
Saya selalu buat gaya menadah tangan ke langit
Saya cakap, papa tak nak ke balasan kat sana?
Bila papa bantu kami dalam mencari ilmu akhirat

Tadi usrah saya dapat pengisian hati yang best
Yang tak dapat dari tempat lain
Hati saya mahukan makanan
Alhamdulillah papa hantar saya ke restoran hati yang tepat
:D

Papa..

Seringkali kutersalah tafsir tentang dirimu
Selalu menyalahkan dirimu 
Selalu tak puas hati dengan keputusanmu
Tapi saya tak cuba selami hati papa
Apa yang papa nak
Cuma fikirkan apa yang saya nak je
Asalkan saya dapat sudah, saya puas

Papa..

Pernah dulu saya rasa papa tak layak menggantikan ummi
Tak layak ambil alih tugas ummi
Lepas ummi meninggal
Papa cuba ambil hati saya walaupun saya jual mahal
Papa cuba pujuk saya dengan duit

Papa..

Masa kecilku papa memang garang
Suka nak rotan-rotan
Tapi masa kecil dulu masa dengan papa tak selama bersama ummi
Sebab papa akan lesap seminggu ke laut
Selebihnya adalah masa bersama ummi
Mungkin kerana itu saya rasa ummi lebih bersamaku
Maafkan saya papa

Nyata papa ke laut juga untuk mencari sesuap rezeki buat kita sekeluarga bukan?
Bukan seronok pun pergi laut seminggu
Kena berpisah dengan ummi dan anak-anak
Tapi papa gigih
Waktu papa akan pulang ke rumah di Kuantan masa tu selalu kami kira
Tak sabar nak tunggu papa balik bawa kek ke, atau apa-apa

Sungguhlah, ummi dan papa cukup tabah melalui hidup yang penuh payah membesarkan saya dan yang lain

Papa..

Alhamdulillah berkat doa ummi dan papa
Saya hari ini bukan lagi saya yang dulu
Punyai pemikiran yang aneh
Begitu tabahnya kalian berfikir cara untuk selesaikan masalah saya kan
Nak saya jadi orang yang berguna dan bermanfaat untuk ummah
waa

Papa..

Mustahillah papa dan ummi berkahwin hanya sekadar untuk mempunyai zuriat yang biasa aja
Bukan sekadar zuriat yang pintar dalam pelajaran
Zuriat yang ada harta bertimbun
Zuriat yang berkerjaya
Zuriat yang hebat-hebat

Saya pasti kalian mahukan dari baitul muslim itu, zuriat-zuriat yang lebih daripada itu
Mahu zuriat-zuriat yang sama-sama berada di jalan ini
Zuriat yang bisa mendoakan jika sudah meninggal
Zuriat yang bermanfaat kepada ummah
Zuriat yang bukan sekadar mengejar dunia, malah turut mengejar akhirat seiringan
sob.sob.
Pasti harapan itu cukup tinggi
Mahukan kami jadi macam kalian juga

Papa..

Terima kasih kerana telah banyak bersusah payah membesarkan saya
Segala titik peluh papa dan keringat masa muda
Tak tergambar besarnya pengorbanan papa
Uban yang semakin mula menular di kepala comel papa
Kedutan mulai muncul di raut wajah papa
Tangan papa yang besar dan kasar, dah banyak berkorban untuk kami

Papa yang kusayangi masa kecil
Papa yang kurasa selamat bersama dengannya masa kecil
Papa yang selalu membawa kami berjalan
Papa yang kenal jalan
Papa yang serba tahu
Papa yang cuba penuhi permintaan kami yang meminta-minta
Papa yang nampak pendiam tapi pandai melawak
Papa yang suka loya buruk
Papa yang suka kacau-kacau kami sampai menangis
Papa yang pandai memandu
Papa yang kenal semua jenis ikan
Papa yang pandai berenang
Papa yang pandai panjat pokok
Papa yang lari laju
Papa yang menang marathon pantai masa 1998
Papa yang setia di sisi ummi sebelum meninggal
Papa yang kulihat menangis sambil peluk ummi semasa ummi meninggal

Maafkan saya papa atas segala salah silap saya
Saya sayang papa
Bukan tak sayang
Kadang-kadang emosi, kadang-kadang syaitan jahat bisik-bisik
Tapi kita sayang papa
Papa memang hebat
Papa yang kupanggil abah
Semoga kita semua terus tsabat di jalan ini
Semoga kita bisa bertemu dan bersama di syurga
InsyaAllah :')

Nukilan buat abah incik khair.haha 
harap-harap abah tak baca ni.

 Abah & ummi & along @ USA


2 comments:

Anonymous said...

salam..ukht..ku harap papa mu membcakan ini..pasti dia tersenyum membaca nukilan anaknya yang solehah ini... :)

AK said...

wslm..err..xnakla..seganla plak..