
Sebelum
(kecil dan kurus)


Selepas
(bulat, gemok debok, tembam, besar, dll)
Tak sikit pula manusia yang selalu merungut, bila cuti sem, cuti sekolah je, mesti badan mula meningkat volume dan saiz.
Tak kurang pula yang bila ditanya, 'cuti ni buat apa?' dengan jawapan: menjadi penanam anggur, penternak lemak berjaya, tukang habis beras kat rumah, dan sebagainya.
Macam sudah sinonim dengan "cuti" dan "tambah lemak" atau lebih sedap bunyinya, pembesaran saiz tubuh badan.
Siapa yang salah sebenarnya bila cuti je naik badan? Kita (sebagai manusia) atau kucing atau makanan atau cuti atau siapa?
Mungkin aktiviti yang kita lakukan sewaktu cuti tidak seimbang input=outputnya, maka terjadilah masalah penambahan lemak.
Komen saya tentang Puff (model kucing di atas): Dia seekor yang memang suka berebut makanan dengan adik-beradiknya yang lain, hinggakan sanggup mencederakan yang lain dengan mencengkam kuku. Ganas pun ganas, entah sapelah tuan dia. ハハハ。Kemudian dia suka tidur dan bermalas-malasan. Makan, minum, main, toilet, TIDUR. Mungkin itu je yang dia mampu lakukan sebagai seekor kucing.
Jadinya, kita sebagai manusia ni mungkin perlu hidup lebih aktif lagi-lagi di hari cuti untuk mengelakkan masalah kegemukan di hari cuti. Jangan jadi macam Puff ya.
Sekian saja dari saya, tiada perkaitan antara manusia hidup atau yang sudah tiada.
Wassalam.
3 comments:
bwk la gi joging..hehe
huh?dia lebih suka tidur,biarkan
Alhamdulillah, great to here updates from you here.. perasaan sesorang dari u sendiri tu pernah jugak dirasai dan itulah yang membuatkan semangat tuk meramaikan saf kita huhu~ tsabat ukht..moga ketemu lagi!
Post a Comment