Tuesday, June 21, 2011

Hari 2 Praktikal Klinik

Assalamualaikum.

21 Jun 2011

Hari kedua praktikal. Hari ni rasa lebih bersemangat sebab dah tahu selok belok klinik dan dah rasa berada di zon selamat.

Mula-mula kami ke bahagian belakang klinik. Oh, lupa nak cerita. Bahagian belakang tu adalah "hotel" kucing sebenarnya. Sesiapa yang meninggalkan kucing mereka untuk dijaga, akan diletakkan di ruang itu, bersama dengan kucing yang sakit.

Masuk bilik tu. Perghh, bau telor ( bak kata Iqbal). Semerbak bau najis-najis kucing. Kami terpaksa memakai mask memandangkan pekerja-pekerja pun pakai mask, tak sopanlah jika kami tidak turut memakai mask.

Kami kutip tray penuh dengan najis, basuh bekas makanan dan minuman, kemudian mop lantai. Akhirnya bilik sudah kembali berbau clorox dan tiada lagi bau najis.

Bro ni memandikan Ciko (grooming)

Selesai saja, kami ke bahagian hadapan. Kami memerhatikan doktor yang merawat kucing. Sebenarnya, kami masih lagi takut-takut dengan doktor tu. Doktor tak banyak cakap, tanya soalan jawab sepatah. Dingin orangnya. Kami hanya terdiam memerhatikan, cuma sesekali bersuara bila dah tak tahan bersoal-jawab sendiri.

Kes hari ini:

1) Memandulkan kucing jantan (Atan) dan betina (Snowy). Saya ingatkan istilah castrate (mandul) tu adalah untuk jantan dan betina, rupa-rupanya salah. Doktor cakap, castrate hanya untuk jantan, manakala spay untuk betina. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu mandulkan haiwan?

Snowy dibius sebelum pembedahan.
Mata dah lalok selepas 2 minit disuntik.

Ketika pembedahan.

Snowy selepas dibedah. Masih belum sedarkan diri.

Ada yang berpendapat memandulkan dapat menggemukkan kucing, maka ia akan nampak lawa dengan kegemukan itu. Ada yang nak mandulkan sebab dah tak mampu nak jaga kucing yang banyak, dan tak nak biakkan lagi. Haiwan-haiwan yang dimandulkan menjadi gemuk berikutan kerana mereka sudah hilang perasaan untuk mengawan, dan lebih fokus pada makan, makan, makan, makan.. Maka gemuklah mereka.

Gemuk tu memang lawa.Saya pun berhasrat nak gemukkan semua kucing kat rumah. Tapi, tadi saya terdengar doktor dan pekerja klinik cakap : Diorang (pelanggan) suka je tengok kucing gemuk-gemuk. Tapi tak pikir kesannya, iaitu batu karang. o.0. (teruknya sampai camtu sekali?

2) Kucing berpenyakit jaundice, kesan kidney, and liver failure. Ada ulcer di lidah dan mulut. Telinga, kulit, mata dan mulut kekuningan. Kucing umur 7 tahun. Doktor tak dapat nak bagi apa-apa rawatan, kecuali masuk air dan ubat.

3) Kucing yang patah ekor, disyaki digigit. Umur 6 tahun. Tulang ekor sudah terkeluar, ada ulat di situ. Pundi kencing dan buah pinggang membengkak. Dia dehyrated (kekurangan air). Doktor tak dapat buat apa-apa pembedahan, sebab peluang tipis. Akhirnya kucing itu di "PTS"= put to sleep. T.T. Pertama kali melihat kematian seekor haiwan secara chemical di depan mata.

Kasihan dia. :(

Dia baru muntah, tunggu masa disuntik untuk PTS.

Mayat dia dibungkus dalam surat khabar
sebelum diberi kepada tuannya.

4) Kucing demam. Bagi vitamin dan sedikit ubat.

5) Kucing ada cacing. Deworming dengan memberi ubat cacing.

6) Kucing ada bengkak aneh di telinga. Doktor membuat pembedahan yang agak rumit. Kami melihat dengan tekun. Teruja tengok doktor membuat segalanya dari mula hinggalah ke jahitan.


Bedah telinga (ear mites)

Bedah, buang kotoran.

Menjahit telinga o.0

7) Vaccine kucing. Kucing perlu divaksin supaya dapat dihindari penyakit-penyakit merbahaya. Jika tidak, ia akan boleh berjangkit kepada manusia melalui air liur dan cakaran. Ada kucing yang belum divaksin? Vaksinlah mereka, demi keselamatan anda dan kucing.

Itu saja rasanya. Ada kes yang sama saja. Hari ini lagi penat, sebab lagi banyak pembedahan. Doakan saya lebih tabah esok. Penatt...

Wassalam.

No comments: