Saturday, June 25, 2011

Hari 6 Praktikal Klinik

Assalamualaikum.

25 Jun 2011

Hari ini seperti biasa saya dan Akma membersihkan kawasan belakang klinik.

Kes hari ini:

1) Kucing jantan yang kotor dan comot bulu. Sebenarnya, kalau anda perasan di ekor kucing jantan (bulu cerah) akan ada warna yang gelap-gelap seakan-akan comot. Tapi jangan risau, itu adalah normal kerana di situ ada kalenjar yang menghasilkan minyak jantan.

2) Penggunaan ubat kutu adalah setelah 2 hari mandi. Supaya ia lebih berkesan.

3) Kucing baru beli@dapat memerlukan masa 2 minggu untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Selepas tempoh itu barulah kucing boleh divaksin.

4) Kalau sebelum ini ada kucing anda yang terkena virus, bersihkan sangkar, bekas makanan atau apa-apa saja yang ada contact dengan kucing bervirus itu untuk mengelakkan jangkitan. Caranya mudah saja, larutkan clorox dalam air paip. Kemudian semburlah atau lap atau celup alat-alat itu dengan cecair clorox tu. Biarkan selama 10 minit, bilas dan siap.

5) Kucing demam kuning, keadaan makin teruk. Tak makan, tak minum. Terpaksa masukkan air beberapa ml. Berkemungkinan besar FIV(virus lebih kurang macam HIV). Tuannya si engineer terpaksa meninggalkan Brian si kucing ke wad.

Jaundice boleh berpunca oleh virus atau jangkitan di hati kucing. Brian juga terpaksa di "force feeding" = paksa makan.

Brian yang suka bising. Muka dia dan tuas dia seiras. :)
Bertuah dapat tuan engineer yang penyayang ye.

Lihat pada matanya,, sudah terlalu kuning.

6) Kucing demam. Bagi ubat, vitamin.

7) Arnab berkurap dan bernanah besar di kaki dan dada. Luka nanah dikorek dan dicuci. Arnab tu agresif sikit, dia mengganas dan menggelepor. Saya telah digigit dan dicakar olehnya. Nice one, sakitlah juga.

Bagi ubat papase dan antibiotik.

8) Anak-anak kucing yang dibuang baru lagi lahir. Bayi-bayi kucing takkan berak dan kencing melainkan jika ibu mereka menjilat buntut mereka. Itulah yang meransang mereka untuk berkumuh. Tapi kes ni, mak kucing takde. Akak klinik gunakan putik kapas lembab dan digosok pada buntut kucing dan mereka membuang.

9) Arnab sangat cepat stress, ini menyebabkan imunisasi mereka rendah dan mudah sakit cirit birit dan selesema.

10) Kucing yang ada masalah buah pinggang, antara simptomnya ialah ulcer dalam mulut. Watch out!

11) Kucing tua mudah untuk sakit hati dan buah pinggang. Beware!

12) Kuku kucing yang dipotong-potong akan tumbuh semula ke asalnya dalam 2 minggu.

13) Anak kucing berak berdarah, diberi ubat cacing dan kurap.

14) 4 ekor kucing parsi divaksin. Cantiknya, mata mereka bulat dan bulu kembang.

15) Kucing yang patah tangan, jika lambat dirawat, seminggu lepas tu ia akan kekal begitu.

16) Jika kucing terminum air sabun yang cair, itu tidak menjadi masalah sangat. Tapi kalau teruk, ia akan muntah-muntah dan boleh maut.

17) Kucing selesema, mulut berbuih-buih. Kahak banyak. Tuannya mengadu makannya comot dan air liur meleleh. Ini adalah berikutan kerana selesemanya, hidung tersumbat. Makanya, ia terpaksa bernafas guna mulut, jadi bila mulut sentiasa terbuka, melelehlah air liur.

Ok, itu saja kes hari ini. Stress itu kadang-kadang ada.

Wassalam.

No comments: