Assalamualaikum.
26 Jun 2011
Hari ini saya dan Akma membuat rutin sperti biasa, membersihkan najis-najis di belakang. Hari ini rasa lebih seronok, sebab dah hari terakhir! Hehe. Entah kenapa, kami rasa sangat tertekan kerana tiada pekerja mahupun doktor yang melayan kami walaupun kami sudah cuba beramah mesra bersama mereka. Ada sedikit rasa terkilan, tapi ada je doktor shift yang baik-baik layan kami memang seperti budak baru nak belajar.
Hari ini, doktor baru pula yang kerja di klinik tu. Doktor sangatlah baik dan ramah. Kami bebas bertanyakan apa saja soalan yang kami mahu tanya. Soalan-soalan yang selama ini kami pendamkan, akhirnya terjawab dengan jawapan dari doktor. Dan ia menjadikan hari ini adalah hari yang paling best bagi saya di sepanjang berpraktikal di klinik. Mungkin ada yang perasan dengan status-status yang berbaur stress di FB saya. Abaikan saja.
Kes hari ini:
1) Kucing bunting, nak beranak dah, tapi tak keluar-keluar. Doktor suruh tuan kucing tunggu dulu sebelum memberikan suntikan untuk muscle contraction. Kalau seminggu masih seperti itu, kena datang balik untuk diberikan suntikan.
2) Kucing ada cacing. So, deworming saja.
3) Kucing ada hama dan kurap. Semasa memegang arnab, pastikan bahagian belakang badan yang perlu dikawal kerana kekuatan arnab adalah pada kaki belakangnya. Kalau sakit kaki belakang, ia berisiko tinggi untuk mati.
4) Saya ditugaskan doktor untuk memberi kucing bernama JAWA untuk makan ubat pil dan cecair. :)
5) Kucing selesema dan berkahak. Doktor berikan ubat mucolytic agent untuk mencairkan kahaknya.
6) Kucing ada fungus. Kena pakai sarung tangandan mask semasa mengendalikannya. Hidung nya mengeluarkan hingus berdarah selepas bersin. Doktor cakap itu sudah berada di tahap yang agak teruk, sebab sudah melibatkan jangkitan pada organ dalaman (paru-paru). Kena bagi makan ubat fungus sampai mati. Kalau manusia terkena fungus pun perlukan masa 8 bulan untuk pulih sepenuhnya.
7) Anak kucing yang aktif tiba-tiba menjadi monyok. Cara pernafasan yang tercungap-cungap dan banyak bernafas menggunakan mulut. Doktor syaki dia ada kerosakan pada organ dalaman, koyak pada diaphragm, lapisan yang memisahkan organ pernafasan dan organ-organ digestion (usus dll). Jika lapisan itu koyak, besar kemungkinan organ dari digestion area telah bergerak masuk ke dalam area pernafasan dan menghimpit paru-paru. Itulah yang mengakibatkannya bernafas tercungap-cungap, kerana kekurangan oksigen dan semput.
Punca mungkin anak kucing itu terjatuh dari mana-mana tempat, atau terlanggar apa-apa. Kena jaga-jaga anak kucing. Jangan bagi mereka buas sangat main-main tu.
8) Kes kutu lagi. Terlalu banyak kutu akan menjadi merbahaya, di mana kesannya pada kucing ialah keguguran bulu serta parasit darah.
9) Suhu demam bagi seekor kucing ialah 39.6 darjah celcius dan ke atas. 39.5 darjah celcius masih dikira normal. Nak check suhu kucing adalah dengan memasukkan mata thermometer ke dalam bontot kucing. Kucing akan menjerit sedikit kerana tidak selesa, tapi itu normal. Hanya perlu pegang dengan kemas supaya bisa mendapatkan bacaan yang tepat.
10) Anak kucing datang dengan muka yang tembam dan comel. Doktor syaki anak kucing itu digigit oleh serangga. Lucu saja wajahnya, sungguh comel. Diberi ubat bengkak.
Kalau kucing dipatuk ular, dia tidak akan bertahan lama dan akan terus mati.
11) Kucing vaksin.
12) Kucing yang baru dimandulkan, ada infection di kawasan jahitan. Doktor membuang benang dan membersihkan kawasan berjangkit supaya bebas dari kotoran.
13) Petanda seekor kucing itu ada flu (demam @ selesema) ialah matanya lebih berair berbanding biasa.
14) Ibu kucing beranak 1, ada bengkak di satu kalenjar susu. 1 puting tidak berfungsi, dinamakan puting buta. Ia akan surut dan sembuh sendiri. Jangan risau. Anaknya comel lah!!
15) Semasa pembedahan, mata kucing perlu diletakkan ubat mata bagi mengelakkan ia sakit mata kerana mata akan menjadi kering.
16) Memandulkan Lin Dan, kucing betina. Ada lagi sekor nama Chong Wei, tapi tak sempat dimandulkan hari ini, esok pula sambungnya.
Doktor banyak bercerita dan berkongsikan tips dengan kami. Ada juga disoalkan, apa beza fungus dan kurap? hehe, nanti saya cari.
Di sebelah malamnya, tak banyak pelanggan seperti biasa. Mungkin kerana esok sudah mula bekerja. Saya memborong 10 tin Avoderm dan vitamin untuk kucing. Dapatlah diskaun RM8.50.
Sebelum kami pulang, ada kejutan rupanya. Kami diberi makan sate ayam dan daging. Makan dengan doktor dan pekerja. Wah, terharunya. Tak sangka mereka sebaik ini (>.<). Kami pun ada borong seekor kucing betina Lavina dan dapat makanan percuma. Saya ditawarkan Husin, kucing jantan yang sudah mandul. Manja dan baik sangat dia. Tapi kat rumah dan banyak kucing dan tak larat kami nak menjaganya. Takpelah.

Bye Husin handsome. Jaga diri.
Pemalu dia ni.

Lavina, dah tua gigi patah-patah. Lidah asyik keluar je.
Zaman muda-muda dulu selalu jadi kucing untuk pembakaan.
Cantik.
Today is the best day ever. Alhamdulillah, banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat saya ambil dari berpraktikal kali ini.
Dapat kenal pelbagai ragam dan jenis haiwan dan manusia. Dapat bergaul dengan orang ramai (pelanggan kedai dan klinik). Ada yang memanggil kami doktor dan berbual-bual. Alhamdulillah ok saja walaupun ada tekanan perasaan dan emosi sepanjang praktikal.
Terima kasih buat doktor A***l, doktor Kh******h, doktor Z******h, doktor S****a dan yang paling berterima kasih ialah doktor K*****y atas keterbukaan untuk menerima kami berpraktikal di situ dan memberikan tunjuk ajar. Serta staff-staff yang sama-sama membantu. [nama tak boleh letak penuh, nanti kalau google jumpa habislah.]
~*~
!!!KENA BUAT REPORT PULA!!!
~kalau lupa boleh rujuk kat post-post blog ni~


No comments:
Post a Comment