Wednesday, June 22, 2011

Hari 3 Praktikal Klinik

Assalamualaikum

22 Jun 2011

Kami ke bahagian belakang klinik. Tapi hari ini tiada air, makanya kami membuat kerja pembersihan yang tidak memerlukan air.

Bagi kura-kura, guinea pig, arnab dan ikan makan. Kemudian bila sudah ada air, kami bersihkan apa yang boleh.

Kemudian buat sedikit grooming: sikat bulu, korek telinga dan bersihkan mata Chelsea, kucing parsi doktor. Chelsea nampak comot je, tapi lepas grooming terus handsome. Kami belajar teknik-teknik memegang kucing yang betul semasa grooming.

Handsome tak Chelsea lepas grooming?

Baru buka klinik saja sudah mula ada pelanggan datang. Bagus ya klinik ni. Duit masuk je setiap hari. Heh. Hari ini pelanggan tak berapa ramai di sebelah pagi. Jadi kami banyak berjalan dalam klinik dan duduk-duduk tengok tv (pekerja pun relaks je).

Kes hari ini:

1) Anak kucing ada cacing. Simptom dia perut buncit,ada sakit mata sikit. Ubatnya ialah ubat cacing, antibiotik dan vitamin. Anak kucing ni diberi minum susu oleh tuannya, tapi doktor suruh stop minum susu, mula makan makanan lembut.

2) Arnab berkurap di cuping telinga. Tebal kurapnya. Doktor berikan satu suntikan untuk kurap tu, tapi arnab tu kena datang balik untuk lagi 2 suntikan kerana kurap terlaluuu tebal.

3) Vaksin kucing. Ada 2 botol cecair digunakan, 1 tutup hijau, 1 tutup kelabu. Nama kena siasat esok.

4) Kucing baka Cross Maine Coon ada masalah ekor yang pelik. Tuan dia minta pendapat dari doktor untuk memotong ekor. Kami mendengar doktor bagi nasihat kepada pelanggan. Maine Coon adalah sejenis kucing yang agresive, cantik dan uniknya kat hujung cuping telinga dia ada bulu halus yang terjulur.

5) Kucing terbiar mata berair, dibawa oleh master student. Adiknya terjumpa. Rupanya, ada virus. Kucing berak cair dan berkutu. Doktor deworming, kemudian letak ubat mata dan letakkan ubat kutu ke seluruh badan anak kucing itu. Melompat-lompat kutu keluar sejurus selepas ubat disapukan.

Mujarab ubat ni, terus nampak
kutu terloncat-loncat keluar woo.

Kucing yang ada virus, tahinya cair dan hanyir. Warna lebih kekuningan kot.

6) Kucing tiada selera makan. Doktor bagi vitamin dan antibiotik. Kemudian bagi makanan tin, "Avoderm". Selera sungguh kucing makan. Saya yang melihat pun rasa kagum dengan makanan tu, sebab semua kucing yang datang takde selera makan terus makan "Avoderm" tu. Fuh.

Inilah Avoderm. Baunya lebih kuat dan
menyelerakan. RM4.80 setin.

7) Ada medical check up stray cat. Anak kucing jangan dimandikan seperti kucing dewasa, nanti ada flu (selsema + demam). Hanya lapkan badan dengan kain lembab.

8) 2 ekor kucing jantan, gemok debok (5.6 kg + 4.7 kg) mahu dicastrate (mandul). Lepas mandul lagi besor la gamoknye. Doktor nasihatkan tuan Bubu dan Momo untuk mengawal pemakanan mereka selepas dimandulkan.

Kucing yang akan dimandulkan akan berpuasa sehari dan dibedah keesokan harinya. RM70-jantan, RM120- betina.

9) Ada tuan kucing bagi kucing makan kismis dan kurma. Tapi doktor kata jangan bagi, tak elok untuk kesihatan mereka, boleh menyebabkan organ failure *lupa organ apa.

10) Kucing jantan mandul 6.1 kg, berat o0o0o.. Ada hairball problem. Banyak bulu gugur. Kucing akan sentiasa menjilat bulu mereka, inilah yang dinamakan grooming. Bulu kucing akan gugur setiap hari. Jadi jika tidak disikat setiap hari, kucing akan menjilat bulu yang gugur dan akan membentuk bebola bulu dalam badannya setelah ditelan. Hairball problem boleh menyebabkan kucing hilang selera dan sembelit.

Kucing akan lebih banyak keguguran rambut bila tertekan (kepanasan, tak selesa) atau makanan tidak sesuai. Doktor cakap, ada vitamin yang tertentu untuk bulu kucing. Friskies dan Smartheart takde vitamin untuk bulu, bulu kucing akan mudah gugur bila makan 2 jenama ni. Ini adalah tidak normal dan perlukan perhatian.

11) Anak kucing, Buasir namanya. Ada abdominal muscle yang koyak. Doktor syaki usus terkeluar dari tempatnya. Tahinya cair dan busuk. Tuannya cakap Buasir pernah dilanggar sebelum ni, tapi dah lama. Akan buat pembedahan hernia repair = RM150.

12) Kucing (Abu) terluka kaki dan berdarah. Terpaksa diwardkan, dan diambil sample darah untuk check ada kemungkinan penyakit lain.

Tuan Abu ada letak minyak gamat pada luka itu. Doktor cakap, jangan letak minyak gamat pada haiwan, sebab minyak gamat panas. Boleh letak gel gamat saja, sebab lebih sejuk.

Hari ini juga Snowy yang jelita sudah dibawa pulang oleh tuannya. Selamat sembuh dan menggemuk, Snowy mandul.

Saya juga membeli ubat buang hairball dan Avoderm 2 tin untuk kucing-kucing di rumah. Tak boleh tahan tengok barang-barang di situ. Dapatlah diskaun RM1.

Hari ini juga saya terbuang syringe doktor. Wah, saya masih takut dengan doktor. Kenapalah bijak sangat? >.<

Ok, itu saja laporan saya untuk hari ini. Semoga ada manfaatnya untuk kucing-kucing anda. Jumpa lagi di hari seterunya!


Wassalam.

2 comments:

Syazwani MS said...

uuu besnye.this was my dream job.tp nak buat cmne......dah takdir engineering..iskk

AK said...

:) takpe, setiap sesuatu ada yg best dan x best nya.ada gak cabarannya.