23 Jun 2011
Rutin sama seperti biasa.
Kes hari ini:
1) Anak kucing tercekik tulang ikan. Hanya perlu tolak dengan bagi minum air dan sedikit makanan lembut untuk menolak tulang ke dalam.
2) Mandulkan Bubu & Momo. Mula-mula, kucing akan dibius, kemudian dibaringkan ke atas meja bedah. Ubat mata diletakkan ke dalam mata. Bulu di sekeliling testis dicukur supaya memudahkan proses pembedahan, dan tiada bulu yang termasuk ke dalam bahagian kulit yang terbelah yang memungkinkan pembiakan bakteria dan kawan-kawannya.
Kemudian testis dibelah, dikeluarkan dan dipotong. Sebelum itu ia akan disimpulkan terlebih dahulu untuk mematikan hujungnya. Selesai. Kucing diberikan suntikan antibiotik dan tahan sakit. Mereka kembali ke sangkar mereka.

Doktor membelah testis.

Proses pembedahan. Kiri Bubu, kanan Momo.

Selepas pembedahan. Kalau pemandulan jantan,
tidak perlu dijahit.
3) Kucing berkurap disebabkan kutu dan keradangan. Doktor mencukur area luka yang teruk bagi memudahkan ubat disapu. Kucing dibersihkan : korek telinga, potong kuku, mandi supaya lebih bersih.
4) Arnab sakit. Rupa-rupanya arnab takde vaksin yang boleh mengelakkanya daripada dijangkiti virus. Maka, persekitaran yang bersih amatah penting bagi arnab supaya dapat dihindari penyakit-penyakit kronik.
Nak bagi makan pil pun lain daripada kucing. Pil kena dihancurkan terlebih dahulu, seterusnya dicampurkan air dan telan.
5) Buasir yang ada masalah di abdomen dibedah. Agak teruk keadaannya. Lapisan abdomennya banyak terkoyak kerana dilanggar. Hinggakan organ-organ dalaman terkeluar dari lapisan itu. Doktor hanya menjahit lubang di bahagian pundi kencing, kerana jika pundi kencing terkeluar, ia akan membengkak, dan boleh menyumbat saluran darah. Pelbagai masalah lain juga mungkin akan berlaku.
6) Cross Burmese yang berharga RM850 mati seekor kerana ada nanah dalam lubang telinga. Doktor cakap itu berpunca daripada virus. Semua kucing yang ada terpaksa dikuarantinkan.
Lihat muntah di bawah sangkar itu, dia juga
disyaki terkena virus yang sama.
7) Kucing kurap. Rawatannya ialah suntikan ubat kurap satu kali seminggu, 3x sahaja.
8) Kucing yang susah diberi ubat, jangan diberi dalam keadaan terbaring. Akan kelemasan kok.
9) Atan yang baru dimandulkan kencing berdarah. Mungkin kerana pundi kencing ada luka. Ubat diberi ialah papase(bengkak/radang), ubat kuat bladder dll.
10) Ibu mengandung, due lagi 2 minggu ada fungus. Diberi ubat fungus. Kucing yang baru lepas beranak hanya boleh dimandulkan selepas tempoh 3 bulan berpantang.
11) Kucing ada nanah bawah rahang. Nanah kena tunggu masak, dia akan pecah sendiri. Punca nanah mungkin dari luka yang kecil, akhirnya membesar kerana jangkitan.
12) Kucing berkutu. Biasanya kutu boleh dikesan di kawasan leher dan abdomen (bawah perut).
Saya dapat berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan dan berbual-bual juga. Seronok jugalah kerja ni bila ada pelanggan.
Ada macam-macam jenis pelanggan. Yang kutip kucing sakit kat tepi jalan, pastu bawak pergi klinik pun ada. Mulia dan baik hati ya orang-orang Malaysia.
Tak semua doktor peramah dan baik dan ceria. huk
Wassalam.


No comments:
Post a Comment