Friday, June 3, 2011

Jiran & Kucing

Bismillahirrahmanirrahim.

"Tidak sempurna iman,
Jika kau tidur dalam kekenyangan,
Sedang jiran tetanggamu,
Merana kerana bau taik kucing di rumahmu."

(*edit lagu sendu sendawa mestica)


Saya harap anda tidak tersalah anggap dengan lirik yang saya reka di atas sebagai sesuatu yang jijik. Ini adalah kisah benar yang berlaku di Bangi, lebih spesifik di Bandar Sri Putra, rumah saya. Saya akan cuba menceritakan apa yang berlaku.

Minggu lepas, jiran sebelah kiri mengadu kepada kami, kucing kami selalu lepak rumahnya dan meninggalkan sejenis pepejal berbau busuk; taik. Katanya tiap-tiap hari juga suaminya terpaksa membersihkan depan rumah. Err, maksudnya tiap-tiap hari budak-budak kucing tu berak kat rumah mereka?? Ni mesti kerja Nyet (saya ada bukti kukuh untuk menuduh Nyet: kucing Iqbal). Kucing kami ada 9 ekor sekarang sejak Alice bersalin lagi hari tu.

Lantas ayahku terus membeli pasir kucing banyak-banyak. Tapi mahal la (nak bandingkan dengan kat Kemaman, oh rindu Kemaman). Tiba-tiba kami merindui laman rumah di Kemaman yang luas, penuh tanah dan rumput, cukup untuk kucing dan ayam membuang bahan kumuh mereka dan kurang berbau jika nak dibandingkan dengan sekarang.

Kasihan juga kucing-kucing yang lain telah diberi perintah berkurung sebab kes Nyet memberak kat rumah jiran. Tapi kami masih bagi peluang kepada kucing-kucing lain masuk ke rumah melainkan Nyet.

Apa yang istimewanya Nyet hingga dituduh berak di rumah jiran dan tidak dibenarkan masuk ke rumah ialah kerana memang sejak kecil dia suka membuang di merata-rata tempat. Sekarang, kalau masuk rumah je dia akan membuang di tepi pintu. Haih.

Oleh kerana tidak mahu membuatkan jiran kami tidak selesa, maka saya dan Iqbal (mana yang lain???hmm..biasalah mereka) pun bergotong-royong membersihkan sangkar kucing dan mengalihkannya jauh sedikit dari rumah jiran kiri. Sekarang sudah tiada bau najis kucing, semoga jiran-jiran aman tidur selepas ini tanpa gangguan bau-bau tidak enak.

Jangan lupakan adab-adab hidup berjiran bagi yang ada jiran. Ini pengalaman baru kami setelah berpindah ke sini (dah lama tak duduk rumah teres).

*dengar lagu Mestica-sendu sendawa eh.

Wassalam.

No comments: